Friday, January 21, 2022

20.1.2022

 

(Ketidakkeharuan – Bahagian 2)

 

Hari suntikan :

 

Saya: Assaamualaikum Doctor. Saya ni nervous hari ini. Tak tau kenapa. Masa dua jabs pertama, tak lah rasa cemas macam ni.Macam macam saya dengar tentang kesan suntikan ke 3 ni. 

 

Doktor: Saya pun ada mendengar juga. Tentang seorang yang mati akibat serangan jantung. Tapi tak taulah samada betul disebabkan kesan suntikan atau pun dia memang ada unlying medical issues. Muda orangnya. Baru 30 tahun.

( Bertambah nervous la bila mendengar cerita ini!)

 

Selepas suntikan:.

 

Alhamdullilah. Balik rumah . For the first 8 hours or so, ok. Tiada rasa berat pada lengan yang disuntik, tiada rasa nak demam, tidak ada sakit sakit badan.Terus mengurangkan aktiviti pada hari ini. 

 

Keesokkan harinya (15.1.2022)

 

Badan merasa sangat lemah. Suhu badan tinggi daripada normal ikutkan hati, tak mau bergerak langsung. Rasa macam dah tak ada tenaga yang tersimpan dalam badan.Terus terbaring diatas katil.Melayan keletihan yang teramat ini dengan niat untuk conserve/simpan tenaga, guna sikit sikit. Takut takut jika terlalu aktif, level tenaga akan terus ke negatif dan badan akan terus shut down. Agaknya inilah sebabnya didengari ada yang berkongsi cerita dimedia sosial, tentang saudara mara yang terus collapsed dan meninggal dengan tiba tiba (setelah suntikan ke3!)  

 

Hari ke 3 ( 16.1.2022)

 

Badan masih lemah. Suhu badan  masih tidak normal. Menyoyo! Sekejap panas, sekejap normal. Hari ni pun hari rehat. Dengan pergerakan yang minima.

 

Hari 4 sehingga hari ini.

 

The sun is peeping out once again. Alhamdullilah. Slowly but surely.Masih lemah badannya tetapi tidaklah seteruk  seperti hari hari sebelum ini. 

 

Read on  the social media news  about one prominent man whose father is still warded for almost a week now. He became unwell after his booster shot.This prompted the prominent man to call upon the relevant authorities to relook into the adminstration of the booster shot. He did not say to totally abolish but to perhaps determine the groups of people who are not suitable  to being given the shots. Perhaps those with underlying medical conditions  need to be closely monitored .

 

The write up by the prominent man triggered  responses from persons who had similar conditions and also of persons with relatives who went through similar side effects.Accounts of   family members who were fit and well suddenly became unwell. Most alarming indeed. The stroke,the heart attacks,  the extreme fatigue,  kidney problem, shortness of breath and sudden death were amongst the conditions mentioned by these responders.

 

So,is there a correlation between the booster shot and the conditions mentioned? Or just coincidental ? 

 

Perhaps the relevant authorithies need to address this and come out with official statements regarding this issue. The public need some kind of reassurances and clear factual information, not speculations and hearsay remarks from the public. We need to know. How true is this? If that be a fact, can certain quarters  of the population be exempted from the shots? Please don’t keep us in the dark. We need to know. 

 

There is no clearer message than silence… no response is a reponse. 

 

Thursday, January 13, 2022

13.1.2022

 

Ketidakkeharuan 

 

Tak tahu lah kali ini berdebar la pulak . Dah  beberapa  hari perasaan cemas bercampur  segala perasaan yang negative berlegar dalam diri ini. Mungkin kerana mendengar pelbagai cerita semenjak mula dijadikan ketetapan untuk meningkatkan imuniti terhadap serangan kuman ni . Pelbagai pengalaman yang dilalui oleh mereka yang telah melalui suntikan penggalak ni. Ada yang mengalami demam yang teruk, lenguh lenguh badan, perasaan mual, teramat letih dan sebagai nya. 

 

Alhamdullilah, tidak ada kesan sampingan yang telah dilalui semasa dua suntikan yang pertama. Tidak ada sakit demam dan sebagai nya. 

 

Dah lama dah  diri ini tidak  mengalami panic attack. Dulu dulu mengalami panic attack ni memang biasa la, kalau tak sekali dalam sebulan tu tak sah. Yang menjadi trigger factor / penyebab / pencetusnya boleh jadi  secara tiba tiba atau pun apabila ada sesuatu terlintas di fikiran. Sewaktu dalam shower, tiba tiba datang rasa sesak nafas. Melompat lompat la dalam bilik air untuk mententeramkan perasaan .Ikut hati macam nak streak run kat luar rumah! Istighfar Istighfar maka kembali tenang.  

 

Ada kalanya time makan ubat. Sesudah telan ubat, datang lah perasaan cuak terhadap ubat yang baru ditelan! Datanglah perasaan macam kesan negative ubat tersebut. Pada hal tiap tiap hari dok telan ubat darah tinggi tu. Bila datang panic attack tu, berjalan lah pusing pusing untuk mententeramkan diri. Istighfar, istighfar!

 

Selalunya keadaan panic attack ini akan berlarutan selama beberapa minit. 

 

Semasa menjalani  MRI pada 2014, pun hampir hampir panic attack juga! Fobia terowong sempit dan gelap tapi ketika itu, diri ini memasang strategi dengan ‘mensychic’ minda. Terus memujuk diri, proses masuk MRI ni tak lama, kata diri kepada diri. Sekejap aje. Selepas tu ok la. Dan bila dah masuk dalam mesin tu, mula memujuk diri dengan mereka cerita. Disebabkan mesin tu berbunyi, maka diri ini mententeramkan diri dengan mereka cerita. Hah! Ketong ketang ketong ketang tu ada orang sedang bertukang! Apa agaknya yang ditukangnya. Lepas tu ketong ketang ketong ketang dipenjuru atas pula. Maka direkakan cerita lagi. Sehingga lah tamat proses tersebut. Alhamdullilah, butang memanggil nurse tidak dipicit. Sebab nurse pesan kalau picit butang tu, kami akan hentikan mesin dan puan akan dikeluarkan. Tapi bila appointment seterusnya kami tak pasti. Ramai yang menunggu giliran katanya. So, mau tak mau harus selesai pada pagi itu juga. Alhamdullilah!

 

Remedy /petua nak melawan panic attack ada  banyak dikongsi oleh mereka yang dalam keadaan yang sama. Satu petua  yang diri ini mengikuti adalah untuk meniup nafas secara perlahan lahan selama lebih kurang 30 saat. Petua yang diberi adalah untuk meniup ke dalam paper bag. Ke kadang kalau ada bag akan diguna , tetapi selalunya menghembus nafas secara perlahan lahan tanpa bag kertas pun sudah cukup membantu mententeramkan diri.

 

Satu pengajaran / lesson learned over the years is that bila datang nya perasaan ketidakharuan ini, jangan lah cuba melawannya. Stay calm, tarik nafas, hembus, tarik nafas hembus. Lama lama tenang la balik perasaan . Tapi remedy yang paling mujarab sekali ialah bila datangnya perasaan gemuruh ini, diri memujuk dengan berkata kepada diri “ the worst thing that is going to happen to you Z is that you are going to die” Terus tenteram ! 

 

Itu lah amalan yang paling mujarab! The worst that can happen is that you will die” It works every time. 

 

Tomorrow is the day. 24 hours from now. Semoga Allah mempermudahkan urusan yang bakal ku hadapi nanti. 

 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.

 

Aamiin Yarabal alammiiin. 

 

The worst that can happen is that you will die.

 

  Dah lama tak menjengah masuk dalam laman ni. Dah lama dah tak buat postings. Sebenarnya masih     giat menulis . Merakam peristiwa yang be...