Sunday, August 29, 2021

 28.8.2021

 

Paranoid ( Bahagian 2)

 

Sharing is Caring

 

Memang benar sekali. Pelbagai petua dari pelbagai lapisan masyarakat, tempatan dan global dikongsi bersama , baik dari bekas pesakit  mahu pun amalan amalan semasa yang telah dirasakan membantu melawan kehadiran virus ini dibadan manusia.

 

Terlalu banyak yang hendak diceritakan disini. Kami membaca dan filter dahulu yang mana boleh diteladani dan yang mana walaupun  mungkin dapat membantu tetapi kami ketepikan dahulu.

 

Kedua kami adalah graduan dalam bidang sains, seorang ahli kajian mukabumi dan lapisan tanah (geophysicist) dan seorang lagi seorang graduan dalam bidang biologi. Jadi asas pengetahuan tentang penyakit , gejala dan perkara perkara yang berkaitan adalah sedikit sebanyak dalam pengetahuan kami! Pengalaman kendiri semasa dihospital serta juga semasa menjaga arwah emak telah juga banyak memberikan ilmu tentang perkara perkara yang akan diawasi oleh pihak kesihatan. Suhu badan , tekanan darah, peratus oksigen dalam darah adalah adalah parameter yang wajib diambil bacaan. Dan rawatan yang diberikan oleh pihak doktor adalah berdasarkan gejala atau simtom yang dipamerkan pesakit. Contoh , jika demam paracetamol diberi, jika batuk, ubat batuk diberikan dan sebagainya.

 

Gejala ketara yang dialami oleh anak adalah batuk, selsema, sakit tekak, demam, paras oksigen yang kadangkala rendah , keletihan serta hilang deria bau dan rasa serta gatal-gatal pada badan.  Jadi kami bekalkan ubat yang berkait dengan gejala yang dihadapinya. Cuma yang berbezanya adalah jenis ubat batuk. Ada yang yang mild, ada yang 2 dalam satu – hilangkan batuk dan kahak Ada cairan untuk dikumur bagi menghilangkan kuman ditekak, jika tak ada yang dibeli, kumuran air garam juga berkesan. Ada satu ubat batuk yang telah disyorkan oleh seorang bekas pesakit. Dan bila diambil oleh anak, dia berasa amat lega. Katanya juga membantu dalam menstabilkan bacaan oksigen dalam darahnya.

 

Petua menyedut cuka untuk kembalikan deria bau dicuba anak juga. Tapi buat seketika sahaja kesanya.  Maknanya mungkin perlu dilakukan berterusan. Perkara ini tak dapat nak dipantau sebab saya rasa ada petua yang anak terus amalkan seperti disyorkan dan mungkin ada yang dia abaikan. Wallahualam.

 

Ada petua untuk mengunyah  rempah bunga cengkih. Dikatakan ada pesakit yang sembuh / dihalang jangkitan ke tahap yang lebih merbahaya  setelah mengamal pengambilan ini. Tetapi tiada kajian saintifik yang mengesahkan  kesan positif cengkih ini. Malah ada beberapa orang doctor yang mengatakan menyedut wap panas rebusan bunga cengkih boleh memudaratkan  paru paru(radang paru paru).

https://www.kosmo.com.my/2021/06/06/cengkih-penawar-covid-19-hanya-mitos/

 

Antara petua yang disebut oleh Menteri Kesihatan ( dan kemudiannya menjadi satu bahan ketawa) adalah kerap minum air panas boleh membunuh virus tersebut.  Baru -baru ini saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa penduduk di negara China memang mengamalkan perkara ini. Sah ke tidak berita ini? 

https://tirto.id/air-hangat-dan-teh-hangat-untuk-infeksi-virus-corona-ampuhkah-f7Ez

 

Banyak pengajaran yang dipelajari dari pengalaman yang dilalui. Memang  tidak dapat dinafikan bagi kami yang ada ahli keluarga yang telah dijangkiti kuman ini, kadang kadang apa sahaja petua yang diberitahu nak kami cuba . Tetapi dalam masa yang sama harus berhati hati dan harus  buat reality check . Sahih ke tidak? Ada kesan sampingan ke tidak? 

https://www.bbc.com/indonesia/indonesia-51801454

 

Setakat  ini sebenarnya belum ada ubat yang boleh merawat penyakit ini. Nasihat dari pakar perubatan cara paling baik untuk mengelakkan dijangkiti virus ini ialah dengan meningkatkan sistem imun tubuh manusia.

 

Seorang perunding kesihatan keluarga telah mencadang pengambilan bawang putih dan lemon untuk meningkatkan imuniti badan.Pengambilan air lemon adalah satu minuman tradisional yang lazim diamal oleh manusia amnya. Begitu juga dengan bawang putih. 

https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/04/562662/kurangkan-risiko-dijangkiti-covid-19

 

 

Satu amalan keluarga kami pada agak sekian lama ialah mengambil minuman air lemon panas dengan madu. Amalan ini dipertingkatan dengan kehadiran kuman covid ini. Dan diterapkan pengambilannya sebagai rutin harian seiisi keluarga. 

 

Insha Allah , kita sekadar ikhthiar  semampu yang boleh. Hanya Allah swt yang berkuasa  terhadap semua mahkluknya. Menghidup, memati dan menghidupkan semula adalah semuanya kerja Allah swt.  

 

Yang kita mampu adalah berikhtiar dan terus berdoa kerana kesembuhan hanyalah dari Dia yang Maha Kuasa. 

 

 

Saturday, August 28, 2021

 27.8.2021

 

Paranoid .  ( Bahagian 1) 

 

Takut tidak bertempat? Was-was? Bimbang dengan ketidak ketentuan keadaan? Entahlah….

 

Yang diketahui anak saya yang dijangkiti  virus ni bermula seawal hari Jumaat 31 hb Julai 2021, ketika dia balik dari kerja. Hari ini 27.8.201 genap lah 24 hari dia dijangkiti kuman virus tersebut. Dia masih disahkan positif.

 

Sudah menjadi amalan harian, setiap kali dia balik dari kerja, dia terus ke bilik, terus ke bilik tidur nya untuk membersihkan dirinya dan merehatkan diri. Jarang sekali kami berseliseh kerana dia hanya turun untuk makan lewat malam . Itu adalah amalan yang dilakukan sepanjang pandemic ni. 

 

Sehari dua sebelum  jangkitan,,  saya sudah tidak senang mendengar batuknya yang agak bertalu talu bersertakan selsemanya yang mula nampak teruk. Selalunya anak yang bongsu ni, kalau bangun pagi mesti selsema. Katanya tak tahan sejuk air con biliknya. Disebabkan alahan kepada suhu yang rendah, dia jarang memasang air con melainkan keadaan cuaca agak panas keterlaluan.  Ayah dia menyapa dia dua hari sebelum itu. Mungkin keadaan bilik  kamar tak berapa bersih, berhabuk katanya. Dia pesan anak untuk bersihkan bilik . Ya kata anak, lalu dibersihkan seperti diarahkan ayahnya. 

 

Malam 30Julai 2021, dia pulang dari kerja, dalam jam 8 malam dia mendapat pesanan teks dari majikannya, memberitahu dua orang daripada anak  muridnya yang menghadiri kelas dan juga dibawah jagaannya telah disahkan positif covid.

 

Beberapa minit kemudian  saya menerima teks daripada anak. Tak terucap tak ter kata sebaik sahaja mendapat mesej tersebut. Tenang tetapi hati mula  gelisah . Ya Allah, dalam berhati hati berSOP , terkena juga ya Allah.

 

Hampir setahun lebih kami tiga beranak berjaga-jaga , akur dengan SOP yang ditetapkan. Keluar rumah bila perlu. Balik, terus ke kamar mandi, bersihkan diri, tukar pakaian . Itu lah amalan kami tiga beranak.

 

Tetapi siapa lah kami. Kami hanyalah hamba Allah. Ujian Allah swt tetap diturunkan kepada yang terpilih! 

 

Sebaik sahaja mendapat berita pada malam itu, terus kami mengarahkan anak untuk memulakan kuarantin kendiri didalam kamar tidur. Kami membuat andaian mungkin anak juga terkena tempias virus dari anak muridnya. Tiada lagi physical contact dengan kami berdua. Terus kami mengatur langkah yang perlu kami jalankan demi  mengawal virus tersebut daripada merebak kepada kami berdua. Pada ketika itu suami telah pun selesai kedua dua suntik vaksin. Sementara saya pulak suntikan kedua adalah pada 12.8.2021. Dan kami berdua ni warga emas yang masing masing mempunyai sejarah kesihatan yang melayakkan kami berada didalam kategori berisiko tinggi!

 

Keesokkan harinya 31.7.2021, kami berconference dengan anak anak secara maya.Yang sulung di Singapura, yang kedua di Dengkil dan yang seorang lagi di Cardiff. 

 

Masing masing memberikan pendapat tentang langkah terbaik yang perlu diambil sekiranya adik bongsu dijangkiti kuman tersebut.  Kerisauan abang abang dan kakak tentang keadaan adik dan jugak mak ayah jelas dimaklumkan. 

 

Sebaik sahaja selepas itu,kami telah mula membuat persiapan awal. Terima kasih kepada menantu yang begitu cekap bertindak membelikan  kelengkapan untuk memulakan kuarantin kendiri. Alat untuk mengukur tahap oksigen (oximeter), Pressure meter, ubat batuk , ubat selsema , self test kit dan lain lain keperluan yang difikirkan perlu di hantar dengan pantas kerumah. 

 

Anak dan saya menjalankan ujian  kendiri dengan self test kit yang dibekalkan menantu. Hasilnya negative. Walaupun negative, anak tidak dibenarkan keluar dari kamar tidurnya. 

 

 

Pada malam itu, kami dapat dengar batuknya yang bertalu talu. Kami tak mampu untuk berbuat apa apa ,Cumanya segala keperluan diletakkan diluar pintu kamar tidurnya. Kami berdua terus memasang mask ( double masking) setiap kali  kami berdua keluar dari kamar kami. Suami memesan kepada saya agar berada didalam kamar tidur.  Biarlah dia yang menguruskan sebab dia berpendapat suntikan vaksinnya yang lengkap Insha Allah akan dapat memberikan perlindungan yang lebih daripada saya yang hanya baru selesai dos yang pertama.

 

Walaupun demikian, beliau tidak take any chances. Double masking, memakai sarung tangan semasa membersihkan semua  peralatan yang telah diguna oleh anak dan sebagainya. Pinggan mangkuk anak diasing dan direndam dalam  cairan Dettol sebelum dicuci dan diasingkan.

 

Pada masa yang sama, mesin vakum yang telah kami beli lebih dua tahun yang lalu telah di pasang diluar kamar anak. Vacuum ini mampu diubah suai untuk menjadi mesin sanitizer. Pada waktu yang berkala, suami akan pasang mesin tersebut, dan ruang udara diluar bilik disanitize. Bimbangnya ketika pintu kamar tidur dibuka, udara dari kamar anak akan meresap keluar mencemari ruang diluar biliknya yang sebenarnya bertentangan dengan bilik kamar kami.Itu lah amalan harian kami.

 

Ujian di ulangi semula pada hari Ahad 1.8.2021. Kali ini anak disahkan positif.

 

Sekali lagi anak anak berkumpul. Anak anak berpendapat agar adik mereka  tidak terus dikuarantin dirumah. Pada ketika itu, jumlah kes diperingkat negara sangatlah tinggi. Di beritakan  di dalam media bahawa, pihak hospital menghadapi masalah kekurangan katil. Disarankan pesakit ditahap 1 dan 2 kuarantin kendiri dirumah. Sekiranya berlaku gejala yang lebih serius seperti sesak nafas, baru lah dibawa ke bahagian kecemasan hospital. Memang lah sangat difahami kebimbangan anak anak kerana tiada yang dapat membantu secara hands on kerana adanya peraturan menghalang pergerakan merentasi daerah dan negeri. Anak anak berpendapat agar adik mereka di tempatkan di  salah sebuah  pusat rawatan swasta di ibu negara. Sebuah hotel yang telah diubahsuai  dengan kemudahan kuarantin bagi pesakit di tahap satu dan dua. 

 

Kami telah menghubungi pihak  hotel untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

 

Dalam masa yang sama, ujian PCR untuk kami tiga beranak diambil melalui lawatan ke rumah oleh pasukan perubatan swasta.

 

Pada 3 hb Ogos, kami berdua disahkan negative dan anak positif. Keputusan direkod oleh pihak kesihatan ke dalam peranti My Sejahtera dan pemantauan oleh pihak KKM  dimulakan terhadap kami bertiga. 

 

Keputusan untuk menempatkan anak dipusat rawatan swasta tidak disambut dengan baik oleh anak kami  kerana anak berpendapat dia lebih selesa di rumah . Semua peralatan untuk memantau parameter yang penting seperti paras oksigen, suhu badan, tekanan darah  dan juga tong gas bergerak alih  telah disediakan .

 

 

Anak berpendapat dua hari yang mana tahapnya pada peringkat kritikal adalah pada 1 dan 2 hb Ogos 2021. Melepasi tarikh tersebut dia berpendapat bahawa keadaan badan nya telah melepasi tahap kritikal. . Hanya 2 atau 3 kali sahaja paras oksigen menurun dan telah dapat distabilkan dengan menyedut udara oksigen pada tong gas yang dibekalkan.  Suhu badan dan tekanan darah pada paras yang  stabil.  Hanya batuk sahaja yang masih belum selesai. 

 

Kami dengan berat hati menerima keputusannya. Walaupun demikian, kami berdua dalam keadaan bersedia sekiranya keadaan berubah kami bersedia untuk bawa anak terus kebahagian kecemasan.

 

Di peringkat KKM, jangkitan  penyakit ini telah diketagorikan kepada 5 tahap berdasarkan jenis gejala yang dialami oleh pesakit. Dan pada pendapat kami, kemungkinan anak diantara kategori 2 – 3. Belum lagi ada gejala sesak nafas. Cuma batuk yang berterusan dan demam selsema. 

 

Bacaan parameter di ambil dan dilaporkan kepada kami dari semasa ke semasa. Paras oksigennya ada sekali dua turun pada nilai 89% pada keadaan berbaring. Nilainya terus meningkat apabila dia mula berdiri. Dalam hal ini, anak telah cepat bertindak dengan menyedut gas oksgen  menggunakan tabung gas yang dibekalkan. 

 

Catatan  anak membuat lapuran seperti berikut:

 

1.Beberapa hari yang pertama:  

 

Batuk kering yang teruk ( bad dry cough), selsema dan sakit tekak.

 

2.Hari ke 3: 

Demam, kesukaran bernafas pada waktu malam ketika tidur. Pening kepala, keletihan yang teramat .

 

3.Hari  ke 4 dan ke5.

Hilang deria rasa dan bau . Sesekali rasa dada ketat. 

 

4.Hari ke 14

Gatal gatal seluruh badan

Cirit birit, tiada selera makan, loya

 

Sehingga 24 Ogos 2021, anak telah menjalani 5 kali ujian

 

3.7.2021 : self test kit  negative

1.8.2121 : self test kit positive

3.8. 2021  ujian PCR swasta – positive

13.8. ujian PCR di klinik positive

23.8.2021 ujian PCR di klinik  positive. 

 

 

Kerisauan  kami terhadap kesihatan anak berterusan. Walaupun pada zahirnya, anak dilihat sudah beransur pulih, tetapi tidak diketahui tentang kesan  jangkitan  terhadap paru-paru. Kami berdua berpendapat walaupun rawatan self kuarantin dirumah, perlu lah juga merujuk kepada pihak yang arif tentang keadaan kesihatan anak.

 

Kami telah cuba menghubungi pusat bantuan khidmat nasihat . Setelah beberapa kali akhirnya kami  telah dapat bercakap dengan bahagian CAC ( Covid Assesment Center) untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang tindakan selanjutnya yang perlu kami lakukan.Nasihat yang diterima adalah untuk merujuk klinik kesihatan yang terdekat. Tapi kami terlepas satu soalan iaitu adakah perlu membawa sekali pesakit. 

 

Pada pagi 2 hb Ogos, kami cuba hubungi klinik kesihatan tetapi setelah  berkali kali mencuba tidak disambut panggilan, kami membuat keputusan untuk terus ke klinik . Alangkah terkejutnya suami apabila dia dapati dia sedang berdepan dengan lebih kurang 200 pesakit positif covid.Tidak ada papan tanda atau pun guard bertugas untuk memaklumkan bahawa dia sedang memasuki zon pesakit . 

 

Sebaik sahaja suami balik ke kereta , terus disanitize satu badannya dan juga dalaman kereta. Dia tidak berkata apa apa setibanya dirumah, terus memasuki kamar mandi membersihkan diri. Segala pakaian terus direndam  dalam  cairan detol dan selanjutnya terus dimasukkan kedalam washing machine. Satu episode yang mencemaskan sebab kami ketidak ketahuan kesan yang bakal dihadapi oleh kami berdua!

 

Sebenarnya banyak yang tidak diketahui tentang virus yang baharu 2 tahun umurnya ini. Aktiviti mutasi  pada varian asal terus berlaku. Maka wujudlah varian baru yang semakin seriusnya kesannya terhadap manusia. 

 

Mengikut catatan di My Sejahtera, pada bermula 3 Ogos sehingga 17 Ogos kami berdua disahkan dalam kategori contact casual,. Sebaik saja lengkap kurantin yang pertama,  iaitu pada 19 Ogos 2021, status kami  berdua terus bertukar ke ‘berisiko rendah’ 

 

Kami dapati bahawa pemantauan  di apps My Sejahtera terhadap kami berdua tidak lagi berlaku selepas 19 Ogos 2021,  walaupun anak masih disahkan positif melalui ujian PCR pada 23 Ogos 2021.

 

Jadi persoalan yang timbul ialah, perlukah kami berulang kali mengambil ujian PCR setiap kali keputusannya positif? Adakah memadai dengan satu ujian PCR sahaja?

 

Oleh kerana kebimbangan kami terhadap keputusan ujian yang masih kekal positive ini, saya telah berusaha untuk menghubungi dan bercakap dengan pihak kesihatan. Panggilan ke Pejabat Kesihatan Daerah telah di buat pada 25 Ogos 2021. Puan doctor yang menjawab panggilan telah memberikan nasihat tentang langkah yang perlu diambil. Dinasihatkan ke Klinik Kesihatan Kesihatan untuk pemeriksaan . 

 

Saya cuba untuk menghubungi Klinik Kesihatan untuk menanyakan procedure serta waktu yang sesuai untuk membawa anak saya bagi membuat pemeriksaan.. Malangnya panggilan tidak disambut. Maka saya berhubung sekali dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan kali ini saya dimaklumkan bahawa apabila seseorang itu dijangkiti kuman virus ini, selepas 10 hari hari ( walaupun ujian PCR masih positif seperti pada anak saya) kuman virus ini masih kekal dalam badan dan keberangkalian ianya dapat dipindahkan kepada orang disekitarnya adalah sangat rendah. Kuman ini boleh berada didalam badan bekas pesakit boleh sampai 3 bulan. Ini bermakna pesakit dilindungi dari jangkitan dalam tempuh tersebut. 

 

Jadi kesimpulan yang diperoleh adalah selepas 14 hari jangkitan tak perlu lagi membuat swab test !  Walaupun masih positive, ianya tidak memberi apa apa implikasi ! Ini bermakna, swab test pada 13 Ogos dan 24 Ogos 2021 tu dah tak perlu dibuat!

 

Tapi, walaupun anak dilihat sudah beransur baik, dia masih batuk batuk. Walaupun tidak dalam keadaan seperti 20 hari yang lalu, adakah patut kami bimbang melalui batuknya , serpihan kuman masih boleh disebarkan ke dalam udara. Tidak kah kami berdua patut masih bimbang bahawa kemungkinan serpihan kuman diudara dapat dipindahkan kepada kami?

 

Itu lah dilemma  kami berdua. How safe are we?  Paranoid kah kami?

 

 

 

Sunday, August 8, 2021

8.2021

 

The Struggle. 

 

Yes, the struggle of the  majority  of ordinary citizens of this country to ensure continuity of life during this  hard and challenging times.  The struggle by the ordinary folks to make sure that at the end of the day, there is food on the table, enough to be savoured by every member of the family. The struggle to find ways and means to earn that extra ringgit, to stretch that extra ringgit so that not only there be food on the table, that there be enough left to pay for the house rent, for the electric and water bills, for transport and other basics. 


Many have been retrenched, lost their jobs for good. 

 

If one has school going children , there is the additional struggle  amongst parents to find that  extra fund to ensure that their children are given the hardware to enable the new  norm in  teaching and learning online! Laptops, smart phones, data all require money! And more money if there is more than one child per family where online sessions  are run all at the same time! 

 

Are those people up there aware that there are kids who have been missing learning (almost 2 years now) because their parents simply cannot afford any of those fancy gadgets? 

 

The struggle to keep oneself healthy in mind , body and soul. Cooped up in their dens for long periods of time.The law abiding citizens, that is.  But of course , there is an exception to the rules imposed on certain quarters ya..

 

And the list goes on….Almost every other person, our family members, our neighbour , our small business shop owners .. they all have their experiences and .story to tell Well, that is  the struggle by the ordinary folks, almost  30 millions of us, some very badly affected, some affected on a milder scale.

 

Unlike  the struggle  that one reads on the social media by another group . About 400 of you ??  So what exactly is your struggle?

 

 

Friday, August 6, 2021

6.8.2021

 

Be, and it is.

 

Sometimes less is best. The more you know what others have gone through, when you are facing that situation, it triggers panic attacks, level of anxiousness shooting to the max.

 

All I can say is  Allah knows best. “KUN FAYAKUN” (كُنْ فَيَكُونُ)  Be, and it is.

 



Tuesday, August 3, 2021

2.8.2021

 

11.30 pm 

 

Restlessness.. Palpitations .. anxiousness  and nervousness .. 

 

As soon as I finished my last prayers for the night, I fell asleep right away.  That was around 9.20 pm , I think. 

 

At about 10.50 pm, I woke up  with this restlessness. So, back to the keyboard to sort out this thoughts. ..This is therapy for me. 

 

Maybe it had something to do with today’s episode. A continuation of yesterday’s episode. 

 

It had been quite a day for me. 

 

So we did a test using the self test kit that was on the list approved by the MOH. 

On Saturday we did our first test. Both my daughter and mine were negative in the results.

 

But things took a turn for the worst for my daughter. By late evening  her body  was running a temperature, her coughing were more intense. She complained of  a heavy head. I could not tend to her in person. She had began isolating herself as soon as she heard news from her employer that two of the kids at school contracted the deadly virus. That was on Friday evening. 

 

Despite the results being negative, we decided to do a retest on Sunday. Saturday was  the first day of change in routines. Having the mask on at all times taking precautions by assuming that there could be a possibility of  poor sampling  on the first test. Meals were placed outside her bedroom door, communication was either by a knock on her door or via text messaging. So, by the time it was time to say goodbye to Saturday, I was extremely exhausted in body and mind.  

 

It is not my routine to sleep after my suboh prayers but on Sunday morning, my body signalled a shutdown right after the suboh prayers

 

So, on Sunday afternoon  I was woken up with a message from her. She did a second test. ..  It read test positive.

 

So, how does one deal with the truth, the fact of the matter that a member of the family is now  a  part of the statistic  to the growing number of cases in the country? 

 

So what next? Due to the increase in the number of new cases, new guidelines were put in place. Hospital beds and hospitals were now prioritised  according to the stage of infection, ranging from one ( mild no symptoms )  to five ( serious that needed ventilators) 

 

So, what next for my daughter? Self-isolation at home or treatment at the  hospital? Based on the description  and guideline of stages of infection, my daughter’s condition fits the stage 3 description.  But we needed to confirm on that. So the next best thing was to fall back on others who went through it. One of the family in the neighbourhood contracted the virus and so my husband consulted him to help us  decide our next course of action. Apparently we had to go to the local Community Clinic to report  on this matter. 

 

Reconfirmation needed to be  carried out at the clinic with another swab test. Once done, the results will be keyed in the data base of the My Sejahtera apps. And with that done, we will be contacted by the health officials  for further action, home confinement or hospitalisation.

 

But it was not an easy task. We tried many times on Monday morning to find out whether my daughter needed to be present at the clinic, since the established guideline was that once one is  positive with the virus, one need to immediately isolate from others. Going to the clinic would mean exposing her condition to others who are not in that state as yet.

 

That was what we thought!! 

 

After several attempts, we decided to instead go to the clinic to make enquiry ( the clinic is about 5 km away from home)  We just needed to show proof of the results that we did  at home.

 

But little did we know that particular visit to the clinic on the morning of 2.8.2021 turned out to be our biggest mistake. The time spent at the clinic was about 2 hours. My husband did not anticipate that he was walking into a clinic that was filled with all positive persons, all came with the intention of verification and  medical attention. They were too many desks and checkpoints. He realised he was in deep trouble when he finally reached the doctor’s desk to be informed all present ( a few hundred of them) that he was surrounded with positive persons.

 

So back at the car, it was time for total sanitizing of himself and the  car’s interior. As soon he reached home, it was straight the bathroom.

 

And so, today a new episode unfolds. The children  video called. Apparently there was another new set of guidelines. Persons wishing verification and medical consultations need no longer go to the community clinic. Another option is that the private clinics have been roped in to help in this process. One can choose to go to selected private clinics and get tests done etc and later on the data will be immediately linked to the main data base. Even hospitalisation need not be at the hospitals. Hotels in the Klang Valley are now the new centre for patients that needed isolation and treatments. Of course that comes with a price. Its not free anymore. 

 

So, the children unanimously agreed that their youngest sibling be verified by the private sector ( to speed up the process ) and maybe to ease the burden of their parents who are not in the early 30s anymore. Both of us are in the high risk group.

 

My eldest daughter told us of her friend ‘s experience who went to the process  of verification by the local community clinic. She waited for calls from the health officials. None came. She finally received a call from them once she finished her cycle of treatment and discharged from the hospital!!

 

So tomorrow 3.8. 2021 at 10.00 am, a team of medical assistants will make a house visit to not only get confirmation of my daughter’s results but also to get ours done too ( on our request) 

 

What happen next? Only tomorrow will tell. 

( 1.27 am, 3.8.2021)

 

 

Sunday, August 1, 2021

1.8.2021

 

When, Where and How Allah Tests Us.

 

Just a few days ago, I had a conversation with my youngest .I posed my concern that she was still going to work. Why the on off work from home and now full time again at the office. 

 

Apparently her employer didn’t want to fully close down her premis. Instead she offered an option to the parents whose kids ranged from 3 to 6 years old. First option was for those parents who wished their children to stay home will study online. And those who chose to come to school will be attended to by the teachers at school. 

 

I expressed my worry about the risk of exposure . 

 

On Friday evening  after work, she received a message from her employer to inform that one of her class kid was tested and confirmed positive covid. Isolation from both of us was the minute she arrived from work that Friday evening. Her normal ritual would always to go straight up to her room to wash and changed into a new set of clothes. 

 

That night she was coughly really badly. 

 

On Saturday morning, as soon as the pharmacy opened, my husband  bought the self test kit. She  swabbed her first test on Saturday afternoon and it was negative.By evening she was running a temperature. The cough continued.

 

I made her hot honey lemon to drink , flasks of them since that Friday night. All the medicines that was needed were quickly purchased and placed in her room. Trays of food and other essentials were placed outside of her door.

 

Her second test this morning was confirmed positive.  

 

We tried many times to contact clinics  ( both private and community) to go for  further verification. But all were closed. 

 

This evening after several attempts we managed to connect to the CAC helpline. We were informed to take the copy of the test result to the local community clinic tommorow morning. And follow up will start as soon as we receive call from KKM ( the Ministry of Health) 

 

One crucial question that I forgot to ask. Should the covid postive come to the clinic tommorow or just one of us to submit the report? Or maybe they will want to do  another test on her to verify.

 

Our Lord, pour upon us patience and let us die as Muslims. [7:126]

 

Allah said in the Quran:

 

And seek help in patience and As-Salah and truly it is extremely heavy and hard except for humbly submissive [to Allah] [2:45].

 

The moment a trial strikes you, remember to be patient. The Prophet said, The real patience is at the first stroke of a calamity. [Sahih Al Bukhari]

 

Allah describes those who are patient in the following verses:

 

And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient, who, when disaster strikes them, say, ‘Indeed we belong to Allah , and indeed to Him we will return.’ Those are the ones upon whom are blessings from their Lord and mercy. And it is those who are the [rightly] guided. [2:155-57]

 

 

 

 

 

  Dah lama tak menjengah masuk dalam laman ni. Dah lama dah tak buat postings. Sebenarnya masih     giat menulis . Merakam peristiwa yang be...