Tuesday, March 29, 2022

23.3.2022

Kakak Sulongku:- Salwah Hennah


23.3.1953  tarikh keramat untuk keluarga Wan Omar bin Wan Hamid dan Wan Zaharah bt Wan Ismail. Pada ketika itu, lahirnya puteri  sulong kedua mempelai .Wan  Zaharah bt Wan Omar berusia 17 tahun semasa mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang 10 tahun lebih tua.


Dearest sweet sister Kak Wan Hanisah. It’s a beautiful day today. A day to celebreate. The day you were welcomed to this world. The first born to 2 beautiful souls  Wan Omar bin Wan Hamid and Wan Zaharah bt Wan Omar.The first of the second generation of the Omarian clan so to speak. A wonderful day indeed!


Kak.


Words cannot express how much we all love you and respect you. Not because you are the eldest in the family but because of the person you are to the rest of the clan. Your soft disposition yet firm is your ultimate strength. You have a big heart for every soul on this earth. You  have had your share of the  worst days of your life. Obstacles that came your way  and  with the Grace of the Alimighty you overcame them all. 


My prayers for you on this auspicious day of yours that Allah the Almighthy continues to grant you good health and happiness and may He fill your life with endless happy moments, countless wonderful surprises. May He keep you safe and sound in all respects.

Thank you for being a wonderful big sister. Thank you for being the gel that keeps us siblings bounded and appreciative and supportive of each other.


You are our strength.I love my sister and all of my siblings.


May Allah grant us many more years of happy moments. Aamiin. 






Sunday, March 20, 2022

20.3.2022


And the winner is….


Dah dua kali dah menang tournament ni! Setiap kali menang dapatlah 1000 points. 


Actually  it is not much the points that matters. Its to say to oneself you can still perform under presuure.

From non placement, the slow climb up the ladder was indeed most exhilarating indeed.And the real challenge is when you are neck to neck with others vying for the top post and time is not on your side.So you go into the marathon mode. The last few hours of the time given was the killer phase I would say. It’s a do or die kinda of situation. The pouring of the adrenalin, the mind trying to stay focussed in view of the mind fatigue setting in. At one stage I was just  one point ahead of the second positioned player.  So , to ensure I stayed way way far ahead, I stayed on until I managed to be about 100 points ahead. And there was no way she could catch up,  not for the last 2 hours remaining!


I shared the joy of winning with my grandchildren. 


Wah… Tok Wan Zek is a gamer! A gamer? Well I never thought of that. I always associate a gamer with someone with a remote console, attacking and firing at opponents, rescueing damsels in distress and so on. 


A word game gamer I am then.


Now the kids have caught on. The three of them. Aqil, Alya and Abu Dzar. They are getting the hang of it. And everytime one of them is stuck , they would come to me for help. Sometimes I am able to immediately give the answer.  And they are impressed! Waa.Tok Wan Zed you are so good! Well, not really actually. Because there is a pool of common words that would be used time and again. So, there is where the memory faculty comes in. And I think it is helping me to stay sharp and focussed.


The brain game I would label it as. 


Currently there is an ongoing  tournament.This Butterfly Tournament is on every fortnight. I am  at position no 4. I don’t think I can catch up to position no1.There is about a day and 8 hours left.   I am too focussed on getting the house done before Ramadhan sets in , and that is only  a few days away.


I will take a back seat this time. 

Until the next tournament , of course!




 

Saturday, March 19, 2022

 13.3.2022

 

Fakta atau auta?

 

Sudah dijangka. Tak perlu pak nujum untuk telik!

 Haram! Kufur!

Tengok dan kaji senario semasa.

Semua dah meluat.

Apa yang nak dibanggakan.

Putar sana, belit sini.

Semua ok akhirnya.

Sheer bliss!

 

13.3.2022

 

Apa kata doktor

 

Setiap kali sebelum temujanji,  mesti dibuat analisa darah. Dan setiap kali  bila bertemu dengan doktor yang bertugas, penerangan yang diberikan secara sepintas lalu sahaja. Kadang kadang tak faham pun apa yang disebut oleh tuan doktor , lebih lebih lagi pada waktu pandemik ini. Penjarakkan antara pesakit dan tuan doktor  menyukarkan pendengaran atas apa yang disampaikan.  Dan tidak lah semua perkara yang disenaraikan dalam analisis darah itu diberi penerangan. Tiada perincian. Sekadar sepintas lalu sahaja. Dan setiap kali selepas  temujanji, untuk mendapatkan sesalinan keputusan itu,  perlu dibayar. Dulu 1.50RM sehelai, laa ni dah bertambah ke RM2.00 sehelai. Tak pa lah. Yang penting dapat disimpan satu salinan untuk rujukan dan perbandingan keputusan selepas setiap lawatan. 

 

Pada bulan Mac yang lalu, 3 kali temujanji telah dilalui. Dengan jabatan yang berbeza.  Dan dapat keputusan yang pelbagai . Bila balik ke rumah, dok tenung lama -lama untuk memahamkan diri atas keputusan yang tersenarai. 

 

Yang ketaranya, tahap kolestrol masih lagi tinggi. Walaupun ditambah dosage dari 10 mg ke 40 mg sehari! Dulu ada disebut kepada doktor semasa temujanji di klinik kesihatan daerah yang kolesterol tinggi ini memang common dikalangan adik beradik. Arwah pak pada lewat umur tidaklah overweight, malah sangat kurus tetapi kadar kolesterolnya adalah tinggi.Maka diajukan soalan  kepada doktor. Doktor,kolesterol tinggi ni genetiks ke? Rubbish kata doktor. 

 

Teringat lagi pada temujanji yang pertama di Hospital Selayang, doktor yang bertugas siap tanya – awak ni minum minyak ke? Aduh! Macam nak bangun keluar dari bilik! Tak kan lah pulak. Boleh kah doktor cakap sebegitu kepada pesakit?  

 

Creatinin,ALT,AST,Gamma GT etc  Low high? 

 

Banyak yang nak difahami dan dihadam. Semasa awal awal dulu tak berapa nak ambik kisah sangat tentang item yang dianalisa. Rasanya perlu juga. Ini lah indikator tetang tahap kesihatan badan. 

 

Bulan 4 ni temujanji dengan jabatan endokrin pulak dan seterusnya seterusnya.Lain pulak item yang dianalisa . TSH ?

 


A never ending routine, Insha Allah.

 

 1.3.2022

 

A conversation at the dinner table.

 

Cucu: Tok wan zek.. what is it like to have a child.

Tok Sam: happy

Cucu: isn’t it stressfull?

Tok sam : happy stress!! Hey, you are only in std 1. Where do you learn that word?

Tok wan zed: so, what is it like to be child.

Cucu: well, its ok. But I don’t like to take orders.

 

Wednesday, March 2, 2022

27 .2.2022

 

Orang berbudi kita berbahasa




 

Agak lama betul tak terima buah tangan berupa  bunga telur tradisional masyarakat melayu, iaitu buah tangan tanda terima kasih dari keluarga pengantin kepada tetamu yang menghadiri majlis pernikahan anak mereka.

 

Hari ini saya telah menghadiri majlis meraikan pernikahan anak  rakan sekerja . Terus nostalgia bila hendak melangkah keluar dewan, sebiji bunga telur tradisional telah dihulur kepada saya sebagai tanda terima kasih daripada tuan rumah majlis.

 

Teringat satu ketika dulu, pada tahun 1970an sehingga lewat 1980an,  bila menghadiri majlis kahwin anak sahabat handal / saudara mara, buah tangan atau istilah terkini iaitu ‘door gift’ berupa sebiji telur rebus yang dibalut rapi samada dalam sehelai sapu tangan, kertas ‘serviette’  dan ada kalanya balutan bunga telur  di gantung pada sebatang lidi dan diselitkan sekuntum bunga kertas bagi menambahkan seri buah tangan tersebut. Bunga telur macam ni dah hampir pupus tetapi untuk majlis merinjis pengantin , masih diletak jambangan bunga telur  dikiri kanan pelamin untuk dihulurkan kepada tetamu yang  dijemput untuk melakukan majlis merinjis pasangan pengantin. 

 

Pada masa kini, istilah ‘bunga telur’ masih diguna oleh sebahagian lapisan  masyarakat melayu.  Yang moden sedikit menguna istilah ‘door gift’ . Tetapi bukan lah telur rebus tetapi pelbagai jenis cenderamata.  Tuala tangan, biskut, kuih bakar bahulu, kekacang, sabun, kipas tangan adalah antara cenderamata /buah tangan yang disediakan untuk tetamu dan disi dalam bekas yang juga pelbagai jenis. Sehinggakan ianya menjadi satu perniagaan yang sangat lumayan. Ada kedai khas yang tumbuh bagai cendawan bagi memenuhi permintaan orang ramai. Dan sebenarnya bukan lah murah setiap kali sesuatu majlis perkhawinan melayu. Satu perbelanjaan yang besar juga. 

 

Biar mati anak jangan mati adat. Orang berbudi kita berbahasa.

 

Tak tahulah pada masa akan datang nanti.  Akan ada kah lagi bunga telur atau door gift. Mungkinkah akan berlaku evolusi adat kearah kesederhanaan/  simplicity dimana pemberian bunga telur/ door gift sudah tidak perlu lagi. Adakah mungkin?

 

Adakah mungkin konsep majlis resepsi juga akan berubah? Kalau selama ini jumlah jemputan begitu ramai sekali akan berubah ke majlis tertutup yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja.

 

Hanya masa akan menentukan. Wallahualalam.

 

  Dah lama tak menjengah masuk dalam laman ni. Dah lama dah tak buat postings. Sebenarnya masih     giat menulis . Merakam peristiwa yang be...