Thursday, January 13, 2022

13.1.2022

 

Ketidakkeharuan 

 

Tak tahu lah kali ini berdebar la pulak . Dah  beberapa  hari perasaan cemas bercampur  segala perasaan yang negative berlegar dalam diri ini. Mungkin kerana mendengar pelbagai cerita semenjak mula dijadikan ketetapan untuk meningkatkan imuniti terhadap serangan kuman ni . Pelbagai pengalaman yang dilalui oleh mereka yang telah melalui suntikan penggalak ni. Ada yang mengalami demam yang teruk, lenguh lenguh badan, perasaan mual, teramat letih dan sebagai nya. 

 

Alhamdullilah, tidak ada kesan sampingan yang telah dilalui semasa dua suntikan yang pertama. Tidak ada sakit demam dan sebagai nya. 

 

Dah lama dah  diri ini tidak  mengalami panic attack. Dulu dulu mengalami panic attack ni memang biasa la, kalau tak sekali dalam sebulan tu tak sah. Yang menjadi trigger factor / penyebab / pencetusnya boleh jadi  secara tiba tiba atau pun apabila ada sesuatu terlintas di fikiran. Sewaktu dalam shower, tiba tiba datang rasa sesak nafas. Melompat lompat la dalam bilik air untuk mententeramkan perasaan .Ikut hati macam nak streak run kat luar rumah! Istighfar Istighfar maka kembali tenang.  

 

Ada kalanya time makan ubat. Sesudah telan ubat, datang lah perasaan cuak terhadap ubat yang baru ditelan! Datanglah perasaan macam kesan negative ubat tersebut. Pada hal tiap tiap hari dok telan ubat darah tinggi tu. Bila datang panic attack tu, berjalan lah pusing pusing untuk mententeramkan diri. Istighfar, istighfar!

 

Selalunya keadaan panic attack ini akan berlarutan selama beberapa minit. 

 

Semasa menjalani  MRI pada 2014, pun hampir hampir panic attack juga! Fobia terowong sempit dan gelap tapi ketika itu, diri ini memasang strategi dengan ‘mensychic’ minda. Terus memujuk diri, proses masuk MRI ni tak lama, kata diri kepada diri. Sekejap aje. Selepas tu ok la. Dan bila dah masuk dalam mesin tu, mula memujuk diri dengan mereka cerita. Disebabkan mesin tu berbunyi, maka diri ini mententeramkan diri dengan mereka cerita. Hah! Ketong ketang ketong ketang tu ada orang sedang bertukang! Apa agaknya yang ditukangnya. Lepas tu ketong ketang ketong ketang dipenjuru atas pula. Maka direkakan cerita lagi. Sehingga lah tamat proses tersebut. Alhamdullilah, butang memanggil nurse tidak dipicit. Sebab nurse pesan kalau picit butang tu, kami akan hentikan mesin dan puan akan dikeluarkan. Tapi bila appointment seterusnya kami tak pasti. Ramai yang menunggu giliran katanya. So, mau tak mau harus selesai pada pagi itu juga. Alhamdullilah!

 

Remedy /petua nak melawan panic attack ada  banyak dikongsi oleh mereka yang dalam keadaan yang sama. Satu petua  yang diri ini mengikuti adalah untuk meniup nafas secara perlahan lahan selama lebih kurang 30 saat. Petua yang diberi adalah untuk meniup ke dalam paper bag. Ke kadang kalau ada bag akan diguna , tetapi selalunya menghembus nafas secara perlahan lahan tanpa bag kertas pun sudah cukup membantu mententeramkan diri.

 

Satu pengajaran / lesson learned over the years is that bila datang nya perasaan ketidakharuan ini, jangan lah cuba melawannya. Stay calm, tarik nafas, hembus, tarik nafas hembus. Lama lama tenang la balik perasaan . Tapi remedy yang paling mujarab sekali ialah bila datangnya perasaan gemuruh ini, diri memujuk dengan berkata kepada diri “ the worst thing that is going to happen to you Z is that you are going to die” Terus tenteram ! 

 

Itu lah amalan yang paling mujarab! The worst that can happen is that you will die” It works every time. 

 

Tomorrow is the day. 24 hours from now. Semoga Allah mempermudahkan urusan yang bakal ku hadapi nanti. 

 

Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.

 

Aamiin Yarabal alammiiin. 

 

The worst that can happen is that you will die.

 

No comments:

Post a Comment

  Dah lama tak menjengah masuk dalam laman ni. Dah lama dah tak buat postings. Sebenarnya masih     giat menulis . Merakam peristiwa yang be...