Wednesday, March 19, 2025

 

19.3.2025

Lama betul message ni tidak  dipaparkan dalam notification box. Dah hampir terlupa tarikh hari lahir mak… dan pagi ini aku diingatkan semula tarikhnya. 

Tk Allah.

Terus ku membaca ummu al Quran menghadiahkan kepada emak ku, Wan Zahrah bt Hj Wan Ismail. Genap 8 tahun emak meninggalkan kami semua.,  iaitu lebih kurang 19 tahun  selepas arwah pak meninggalkan kami . Termenung seketika mengenangkan arwah emak ku. Seorang ibu yang tidak  banyak bersuara, tidak pernah meninggikan suara memarahi anak anak dia yang kadang kadang kalanya boleh menyirap darah seorang ibu  dengan  seribu satu perangai daripada sembilan orang anaknya. Ya,  itu yang aku ingat.  Tidak banyak bersuara, tetapi  tidak semesti tidak garang . Ketegasan menyerlah dalam kediaman. Mungkin aku sedikit sebanyak mewarisi sifat emak ku ini!


Masih terngiang ngiang  mengenangkan peritiswa pada petang 23 hb Mac  2017, ketika doktor bertugas di ppum, memberikan nasihat agar emak dibawa balik ke rumah kerana mereka telah buat yang terbaik dalam merawat emak dan tiada ada apa lagi yang boleh dilakukan. Pada ketika itu, aku dan kakak sulung ku  terus mengusahakan van  red cross / palang merah  untuk membawa mak pulang ke rumah yang didiaminya dengan adik bungsu ku. Pantasmya pemanduan  driver van tersebut. Tidak sampai `10 minit sampailah emak ku , dibawa masuk dan terus dirihatkan diatas katilnya. Memang gerak hati ku mengatakan emak ku tak lama lagi akan meninggalkan kami sembilan beradik, Lantas aku menaip message kepada semua ahli keluarga dalam group Omarians memaklumkan agar datang menziarahi emak / Toh Hajah . So, pada malam tersebut, rumah dipenuhi anak anak serta cucu cucu emak. 


Pada keesokan harinya, hari Jumaat, 24.3.2017.Aku bergerak ke tempat kerja ku. Tidak lama kemudian,  dalam jam 9 pagi, aku menerima panggilan memaklumkan emak sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalilahiwaninallihirojion.Terus aku mencapai bag dan kunci kereta. Sepanjang perjalanan pulang dari Genting highlands ke Subang Jaya, langit redup, hujan renyai renyai.


Tiga hari selepas pemergiaan emak, majlis meraikan persaraan aku diadakan  ditempat kerja ku. Aku  tidak dapat hadir kerana masih bercuti peristiwa .

Percaturan Allah swt adalah yang terbaik….

No regrets …



Rabbighfir lī, wa li wālidayya, warham humā kamā rabbayānī shaghīrā. 


Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa aku beserta dosa-dosa kedua orang tuaku. Sayangilah kedua orang tua ku, sebagaimana kedua orang tuaku menyayangiku ketika aku masih kecil.

Tuesday, March 11, 2025

 11.3.2025

Mind reading … body language


Mind reading …can you ? How accurate is it ? Can you tell by looking at a person and deducing things?

Body language… can one summarise one’s perceptions  just bt observing a person’s body gestures?


A quick reference:


Mind reading" can refer to either the ability to discern the thoughts of others without normal communication or, in a psychological context, the cognitive distortion of assuming you know what someone else is thinking without sufficient evidence.


The definition of body language refers to the movements and positions of people's bodies that express their thoughts and feelings. It is part of communication that does not require one to speak to communicate a message or share feelings.


Be it Mind reading or body language, can we accurately perceived the truth of matters? Personally I do not think so. Yes , one can argue to a certain degree that whats on that person’ s mind  and that particular person’s body language , one can say that person is in such such state of mind . But it is the whole truth. It cannot be perceived as the whole truth.

On several occasions, I did do a few conclusions but sad to say it is further from the truth!  


Membuat andaian bererti memfitnah. Jika andaian itu benar, alamdullilah.. Jika tidak , bukak mulut lah kepada sipunya badan dan minta maaf lah atas kekeliruan andaian. 

 

Maka bercakap lah ,bagitahu lah keadaan sebenarnya supaya kami dapat memahami situasi sebenarnya.


Banyak kalanya bila diketahui keadaan sebenarnya, boleh berubah daripada perasaan marah kepada perasaan kesian lah pulak.


Tak tahu maka tak faham…

Tak faham maka tak simpati ….  

Tiada simpati tiadalah pulak empatinya….

 11.3. 2025 

4.30 pagi


Its always the case, in my case that is.Ilham untuk mencatat  sesuatu peristiwa, untuk membuat refleksi terhadap apa apa peritiwa yang telah dan sedang berlaku , selalunya berlaku semasa membasuh pinggan, sedang menggoreng telur, sedang memuatkan baju baju kedalam washing machine etc etc.Berbaris baris ayat ayat terbentuk dalam minda ini. Tetapi sebaik sahaja ada peluang duduk untuk mengarang, terus hilang idea idea yang 10 minit sebelum ini begitu bersemangat susunan ayat ayatnya.

So, this morning, sebelum hilang semangat tu, selepas selesai memanaskan lauk pauk utk bersahur pagi, terus capai keyboard untuk memindahkan barisan ayat ayat ini ke kotak nota yang siap tersedia menanti untuk di penuhi ruang kosongnya.

Bismillah.

  Dah lama tak menjengah masuk dalam laman ni. Dah lama dah tak buat postings. Sebenarnya masih     giat menulis . Merakam peristiwa yang be...