Saturday, November 26, 2022

26.11.2022

Untuk Renungan Bersama



 

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.


Surah Al Kahfi :28

Tuesday, November 22, 2022

 22.11.2022

 

Selamat menyambut Hari kanak kanak  20.11.2022




 

Nampaknya tahun ini tidak ada sambutan hari Kanan-kanak sedunia di peringkat negara kita. Mungkin kerana baru selesai pengundian pilihan raya. Dengan debaran yang tak sudah sudah dan  juga mungkin faktor lain  yang tidak diketahui. 

 

Secara resminya Hari Kanak Kanak sedunia adalah pada 21 November setiap tahun, bertujuan untuk mempromosi dan melindungi hak-hak kanak-kanak tidak kira di mana sahaja kanak-kanak berada.  Namun, di Malaysia agak berbeza. Pada 17 Oktober 2020 dan 16 Oktober 2021. 

 

Tema Sambutan pada 2 tahun sebelum ini : -

 

2021 : “ANAK KITA MASA DEPAN KITA” 

2020 : “BUMI LESTARI, ANAK-ANAK KITA DILINDUNGI:

 

Walau apa pun Selamat Menyambut Hari Kanak – Kanak untuk semua kanak kanak dan khasnya kepada 7 orang cucu Tok Sam dan Tok Wan Zed. Semoga dalam peliharaan dan rahmat Allah swt. Bila besar kelak jadilah insan yang berjaya dunia dan akhirat. 

 

Sesunguhnya keluarga bahagia= kanak kanak gembira ❤️ Anak anak kita adalah masa depan kita..

 

Masa depan mereka mungkin jauh berbeza dengan  yang  sedang mereka lalui. Pesat sekali perkembangan dunia kita. Terutama dalam bidang sains dan teknologi.   Apa tah lagi jika dibanding dengan zaman kanak kanak Tok Wan Zek! 

 

Evolusi zaman katakan….

 

Satu perkara yang tidak akan hilang dalam agenda mana mana kanak kanak adalah aktiviti bermain. Satu aktiviti yang sebenarnya menyumbang kearah perkembangan kognitif, afektif dan motor. Kepada yang berminat untuk mendalami aspek ini, sebenarnya terdapat banyak penulisan ilmiah serta  kajian  yang telah dilakukan oleh para pendidik, ahli psikologi  dan juga mereka yang berminat tentang perkembangan kanak kanak .

 

Sebenarnya bermain bukan satu aktiviti  ‘kosong’ . Ada kaitan  diantara aktiviti bermain dengan perkembangan fizikal sosial dan mental seorang kanak-kanak.  

 

Zaman kanak kanak  Tok Wan Z sekitar tahun 1960an. 


Aktiviti bermain :- Main masak masak, main layang layang kat padang belakang kedai runcit, malam raya main aci sembunyi ( x takut kena sorok dek hantu) , bakar mercun papan, sepak bulu ayam, rounders, kawin olok olok, galah panjang, batu lima, skipping( anak kambing patah kaki, anak kambing pandai menari, anak kambing masuk kandang), hopscoth, panjat pokok sebelah rumah . Anak  patong lukis atas kertas, warna,gunting. Design pelbagai pattern baju gunting dan kenakan pada anak patung. 

 

Nostalgia sungguh!!

 

Yg pasti zaman 1960an tak ada TV ( 1964 mula ada b/w) , tak ada computer dan segala gadgets  macam zaman sekarang. Yang pasti jugak zaman tu tak ada couch potato!. Semuanya sihat sihat belaka. Waktu ada dalam rumah hanya time tidur , makan & kalau hari hujan.Ada jugak time hujan, main air hujan. Kalau air bertakung di padang sebelah rumah, keluar la besin basuh baju mak  jadi sampan!

Tak ingat bila masa pegang buku belajar! Homework? Macam semuanya selesai di sekolah! 

 

Fast forward:- 

 

Diperhatikan setiap ptg jam 5.30 ptg, cucu sulung & adiknya beserta kawan kawan akan  berkumpul di padang permainan . Pelbagai kemudahan  beriadah disediakan utk kanak kanak pelbagai lapisan umur. Platform terbaik utk asah social skills mereka! 

Homework? :- macam tak pernah tak ada. Okla tu …pengukuhan ilmu & kemahiran.

 

Apa apa pun,  kepada cucu cucu ku :-enjoy your moments and your journey towards adulthood. 

 

And for any mother or father who is reading this , come let us allow our  kids to enjoy their childhood. It is the only one that they have, and we had  one too ! We  can give them a lot of things,but  we can’t bring back their childhood once its gone.

 

Monday, November 21, 2022

 21.11.2020


Mainan Depa

 

Kita  yang dok  kalut stress tak pasai pasai. Depa tak ada apa apa pun. Ini gelanggang depa. Menu harian depa. Depa dinampakkan  bercakaran tapi biasa biasa la dibelakang tabir depa dok bertempuk tampaq.. Depa tak menang kot ni, depa menang kot nu. Ni la orang kata permainan persepsi. Yang kita dok percaya hidup hidup sapa suruh?

 

Biaq pi. Tengok apa apa depa nak buat. Macam mana depa nak buat.Kalau ok, Alhamdullilah, Segala puji bagi Allah. Kalau tak ok, tunggu masa kita hambat tauk buang. 

 

Yang orang kita pun satu hal juga. Bukan nak suruh berimej macam orang putih ka, pakai necktie ka. Imej ok tapi kemahiran berfikir dan membuat keputusan masih ditakok lama pun satu hal juga. Kalau imej luaran orang tak berkenan sebab menyamai pemikiran kuno , katakan. Tapi kalau bercakap berisi berlandaskan ilmiah dan bukan emosi orang akan terima. Bercakap kearah kebaikan bersama. 

Ni lah masanya nak berdakwah. Lembut dan penuh berhemah gitu.

 

Yang pasti yang sorang  tu yang keluak tu kena pi la. Pi la dok main jauh jauh na. Sakit kepala tengok sorang. Pasai hang la ramai yang dah tak berkenan dah. 

 

Ayat  54 Surah Al Imran.” Dan mereka merancang. Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang”

 

Ada hikmah disebalik  setiap apa yang berlaku. 

 

(Sekali sekali nak guna bahasa ibunda asli. Tak la pekat mana pun.)

Thursday, November 17, 2022

 15.11.2022

 

 

Apa apa pun. Didoakan yang terbaik untuk negara ku Malaysia. Mudah-mudahan yang diharapkan senario yang lebih baik dari kelmarin dan semalam. Apa yang didoakan adalah masa depan yang dapat dilihat akan menjamin kesejahteraan pelbagai kaum .  Tetapi pada masa yang sama, jangan lah sehingga tergadai maruah bangsa dan agama ya . Pelihara dan perjuang lah nasib bangsa ku sendiri. Jangan lupa sejarah kita. Jangan lupa perjuangan tok nenek kita untuk menegakkan hak kita, anak bumi negara yang tercinta. Kita mudah memberi, mudah bertolak ansur… Janganlah sampai kita ditolak beransur ansur. 

 

Jangan lah tergadai maruah bangsa dek kerana memenuhi cita -cita  mu yang masih terkapai kapai….

 

Berundur lah ..demi maruah  bangsa dan negara. Masa mu telah berlalu. 

 

Duhai anak bangsa ku… berjuanglah atas landasan agama yang benar. Ketepikan sentimen yang ultra… Keharmonian kunci utama untuk kestabilan negara yang rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum. Cukup-cukup la menunding jari, menceritakan kelemahan pihak lawan. Kadang-kadang perlu mencerminkan diri sendiri juga. Kita  pun bukan semuanya betul belaka. Sebaliknya ceritakan hasrat dan visi masing masing bagaimana nak menerajui negara keluar dari masalah semasa. Bagaimana nak gahkan balik negara kita tempat tumpahnya darah kita.Bagaimana nak kurangkan sentimen perkauman. Bagaimana nak menyatupadukan rakyat negara ini agar selari dengan hasrat dan aspirasi negara yang kita cintai. 

 

Tok Wan Z ni  golongan  warga emas  yang telah melalui pelbagai era.  Dari zaman kegemilangan, zaman ekonomi negara yang kuat dan kukuh, zaman kemelesetan ekonomi, Malaysia Boleh, semua sudah tok  lalui. Entah apa kah zaman yang akan dilalui oleh generasi kami yang akan datang. Cuma apa yang Tok Wan Z  boleh lakukan adalah panjatkan doa mohon bahawa masa depan generasi yang akan datang akan berada dilandasan yang selamat dan sejahtera, terlindung dari musibah dan bencana. Hidup aman dan harmoni.


5 prinsip dalam Rukun Negara kita tu, kalau betul -betul difahami, dihayati dan dipraktikkan oleh semua rakyat negara ini, Insya Allah  masa depan akan kekal cerah  seperti yang dihasratkan oleh semua rakyat. Kekalkan toleransi sesama kita. Tak payah nak tamak haloba. Semoga negara tempat tumpahnya darahnya ku , generasi ku sebelum ini dan Insya Allah generasi ku yang akan datang  terus aman dan sejahtera, bebas dan merdeka …..

 

Bismillah….

Tuesday, November 15, 2022

 14.11.2022


Destressing sekejap…..

 

Hari ini adalah sesi yang sangat mengecewakan! Kalau  lah tahu  begini lah cara konsultasinya, tak perlu lah bersusah payah bangun awal, siap awal, pastikan  sampai awal . Itu pun dah check in  atas talian semalam lagi. Perjalanan hari ini pun berpusing pusing dibawanya Cik Google. Bukan route biasa . Mungkin disebabkan trafik pagi Isnin. Maka haruslah dijangkakan sesak sedikit. Bertolak pada jam 8.30 pagi dan sampai di hospital jam 9.45 pagi. 

 

Ingatkan kali ini cepat lah sedikit daripada biasa disebabkan sudah check in terlebih awal. Tunggu punya tunggu punya tunggu,tak dipanggil panggil. Akhir sekali pada jam 12 lebih baru lah dapat berjumpa dengan doktor. Itu pun doktor yang direquest tak dapat… Dapatlah sang doktor yang lebih banyak berinteraksi dengan skrin computernya daripada pesakitnya. Bila ditanya barulah ditoleh sekejap untuk menjawap soalan kita. Mengecewakan disebabkan tak dapat jawapan yang ditunggu. 

 

Pada  kali ini sebab diketahui keputusan darah terlebih awal daripada sesi konsultasi, maka buat lah sedikit research tentang bacaan yang dicetak pada slip keputusan ujian darah. Macam mana boleh dapat terlebih awal? Sebab buat ujian darah  dibuat serentak dengan unit satu lagi . 2 dalam 1 pada  2 minggu yang lepas. Sekali harung kata orang kita. 

 

Anyway, ketuk ketak ketuk ketak dia menaip dan pandang skrin. Kita dok lah pandang dia. Mulalah rasa bosan . Entah bila habis sesinya pun tak tau. Tau tau dia dok pegang phone dia, dok scroll tengok message. Ok you can go now. Haiish! Terus rasa letih! Dan lapar! Pergi keluar bagi  kad untuk buat appointment seterusnya. Tunggu lagi… Depa nak ambil sample darah sekali lagi. Adik nurse yang cucuk jarum cekap. Cepat saja jumpa urat darah. Ada kala jenuh menyuncuk tak jumpa jumpa.. Tukar ke lengan kanan pun tak dapat. Last last cucuk kat urat di tapak tangan…

 

Duit kecik tak ada, ingat nak minta sesalinan keputusan darah . Kot kot lah ada maklumat baru (selain daripada yang tercetak di unit sebelum ini). Payah kena pergi mencari makan dulu untuk dapatkan duit kecik.. Panjat tangga, beli nasi kerabu yang tak berkuah . Penjual terlupa letak, sang pembeli pun terlupa nak mintak. Makan lah nasi kering kontang dengan kerpok separuh keras separuh lagi tak bergoreng lagi. Selepas makan, jalan balik ke pusat perubatan yang berkenaan, bayar 2 ringgit, dapatlah slip keputusan. Hmm… sama aje dengan yang ada …. 

 

Jalan balik panjat tangga lagi. Tunggu lift. Ramai yang beratur tunggu. Datang seorang pemuda ni, tak tau lah.. budak maintainence ke apa, di redahnya masuk mencelah semua yang sedang sopan beratur.  Sampai tingkat yang berkenaan, sekali lagi diredahnya keluar . Lift penuh sesak.. sampai tingkat 1, dibuka oleh  dua orang pemuda  dengan perkakas yang besar gajah. Siap tanya..boleh muat ke?? Aduih adik oii. Tengok sendiri dan jawab sendiri lah ya.

 

Sebelum sampai rumah, singgah sekejap kat kedai baru bukak.. lebih 3 ketul ais krim..terus habiskan seketul on the spot.  Destressing .

 

Okay.. dah rasa lega sikit dapat luahkan perasaan di atas skrin ini.Time to rest now…

 

P.S : Lepas ni kita buat sesi consultasi on screen aje la .. Face to face. 

 

Friday, November 11, 2022

 11.11.2022

Cerita kelmarin dulu:

Jenuh menunggu kali ini. Dari jam 2.30 ptg tiba di klinik, daftar dan menunggu giliran…sehingga jam 4.30 ptg barulah dipanggil masuk. Habis papan informasi dibaca berulang kali. Sampai dah hafal ayat ayat yang terpapar. Sangat menarik dan sangat memanafaatkan!

Habis baca terpandang banner yang terletak berdekatan dengan bilik tandas pesakit. Menarik! Dalam hati: Ni kalau ada kak Chah Wan Hanisah mesti dah  dia sebut “Jom Kakcik”! 

Kakak ku aktif. Aktif dengan support group pesakit kanser. Asalkan ada pesakit kanser yang memerlukan ( kata kata semangat, perkongsian maklumat dan pengalaman) kakak ku akan sambut permintaan mereka tanpa berfikir panjang! Itu la kakak ku. Salute kak!

Going back to those days when we sisters would accompany kak on her annual Cancer month ( October it is) event di Bukit Jalil. Masa tu kak sorang aje dalam family yang di diagnose dengan C .We were all there to give our support. Siap buat banner lagi untuk berarak keliling padang !  It was an eye opener event for most of us. To hear of members who didn’t make it  in that particular year, it was heartbreaking indeed. 

And currently, the numbers  stands at 3 in the family. Cancer, the silent killer.No noticeable early symptoms. Sometimes a cancer diagnosis comes out of the blue, with no symptom at all. And they can be aggressive and deadly once they strike. Detection during early stages can provide an oppurtunity to remove the tumour surgically.

So, how do you know you have the C  cells in you? Here are some of the early signs you should not ignore:

·      Unexplained weight loss

§  Fatigue that doesn’t seem to get better with rest.

§  Fever

§  Pain : persistent pain.

§  skin changes

(Https://www.hopkinsmedicine)en 

When in doubt, go see your local GP. Apparently betweeen 30-50% of all cancer cases are preventable. Let us make healthy choices…

 

Thursday, November 10, 2022

10.11.2022

My trips to the hospital

Everytime I made the trip to the hospital, I will always come back tired and drained of whatever energy is left in my bones. It’s a most exhausting  process. From waking up in the morning, getting ready about 2 hours to start the journey before the appointed time. Normally the time it takes to reach the hospital would be about  almost one hour .  Then being dropped off at the entrance , either at the RUKA , the South wing or the East wing. Then its about 10 to 15 minutes walk to the appointed place. Cannot walk too fast because if  I were to do that, my pulse rate would shoot sky high. I can feel the heart pumping rapidly. 

Then its the wait. After that it another wait at the pharmacy to collect the medicines prescibed by the doctor.Nowadays the pharmacy is full of patients waiting for their medicines. Sometimes it is just standing room, spilling to the outside corridoor.And it can be for full one hour of waiting! And they don’t give you the full supply. To come back the next 2 months to replenish stock! Alhamdullilah , recently they introduce delivery of medicines via courier service. Saves the miles and hours to come to the pharmacy just to restock my medicines. 

Of course, after that another hour of journey home. By the end of the whole routine I just want to creep into bed, under the sheets and sleep off the tired bones. But overtiredness of the whole body  system sometimes became too difficult to close my eyes and take the much needed rest. The next day hangover could even include slight rise in body temperature, sniffles and cough….

There will be another appointment for this month of November, the fourth this month. Next  week on  Monday morning. And that means starting a lot earlier than usual. Monday morning ttraffic is normally bad.

One month off in December!! And its on again … 5th January 2023. Currently, it is 6 different departments:-oncology, endocrine, RUKA , Bio Medicine Imaging, Optical, Surgery Clinic. And of course , in between the appointments, there will be the collection of the mandatory blood specimen for the various departments! 

In the meantime, 

Just breath…

You are strong enough to handle challenges, and wise enough to do whatever needs to be done. Just keep going.

To quote : 

On the other side of a storm is the strength that comes from having navigated through it. Raise your sail and begin. 

( Gregory S. Williams)

Tuesday, November 1, 2022

 1.11.2022

You can’t get enough of it

 

There is so much information out there on the social media. One can’t help but wanting to go through all of them. And it is definitely not possible!  Too many ! You will   need to spend hours  just catching up with all the happenings. And it is big time happening … it’s a money making business now. All that you need  to do is to create stories, open your account to all

 (no private account please) and depending on how interesting your story is, how impactful it is to the public… and soon you will be raking in lots of money!! But one need  to continously produce stories… its  about sustaintability. Many out there are making it their full time job. Sometimes the whole family are on board. So , does that mean the children are all on home based schooling? Where and when do they find the time to think of ideas, plan the script, act out, edit and then post them online, almost everyday ..at least one a day.  It definetely is not a simple task I’d reckon.

 

The storyline and materials are diverse. Simple everyday life..  singles, couples, family..funny,happy, sad, heart wrenching.The scenes may be real and sometimes staged !  Step by step cooking, reviews of popular eating spots, holidays spots, places to visit , politics…the list is endless ! And for those who are religious and want to keep close to the Almighty, there are many accounts that focus on sermons, prayers and lots of advice to do good. In fact anything goes… as long there is a ready audience to follow your products! But be prepared. If you have a slot for comments… there are people who are just there to give comments… good , inspiring comments and of course an equal number of hate and nasty comments! You must be prepared to take them all in, with a pinch of salt ( or spoonfuls of them!).So, if you can’t stand the heat, don’t.. then at the end of the day, you will be all stressed out. Sometimes its not worth it. But having said that, there are influencers who love to create controversies..simply. And they do have a fairly large number of followers. And by the look of things,reading the comments ( the good as well the as the  nasty ones) , one would assume that they celebrate these differences in opinions. In fact , I suspect they thrive on these mixture of comments. Because the more visits they get from the public, the more views they get equals more money earned!

 

And of course,at the opposite end of the spectrum , there are  accounts that are equally active but these accounts are closed accounts . These group of persons  are those who are not out to get viewership in terms of popularity. Its more of writing , sharing  one’s journey with close friends and family.Occasionally, you do get request to ‘follow’ but not all get approved.Its a personal choice whom I would like to join on board on my journey. But one thing for sure, my writings are quite personal, mostly on personal experiences, holidays with families, personal thoughts and most of all as a memoir for my next generation. Insha allah. I am leaving a piece of me here on this blog and also on my two accounts on the social media. This is therapy for me. Writing and recalling past times do infact help folks in their golden age years. To keep the mind active, simply expressing yourself will boost your brain activity.Apparently, studies have shown that writing improves working memory and communication abilities. In the end, it doesn’t matter what you write because simply expressing yourself will boost your brain activity. 

 

 So, what would be the next trending apps on the sosial media? Will it be happening soon or perhaps 20 years down the road? Only time will tell. Until the next innovation, lets play pretend for a little longer….

  Dah lama tak menjengah masuk dalam laman ni. Dah lama dah tak buat postings. Sebenarnya masih     giat menulis . Merakam peristiwa yang be...