3.2.2022
Cerita pagi ini ( Bahagian 1)
Kalau kita rajin melayan social media, macam macam la yang kita dapat baca. Tetapi yang saya temui semalam yang saya kira ‘highlight’ la untuk minggu ini.
Ringkasan :
Sepasang suami isteri yang dilihat terlalu sibuk dengan urusan mereka, maka sekadar bertegur sapa melalui ‘senyuman ‘sahaja. Suami bekerja malam, isteri pulak pada siang hari. Hujung minggu mereka balik kampung, kalau tidak akan mengemas rumah. Tidak bercampur dengan aktiviti taman. Maka masyarakat tak puas hati, nak halau mereka dari terus menginap disitu.
Si penulis menulis untuk mendapatkan pendapat rakan rakan.Maka pelbagai lah respon yang diterima.
Teringat saya pada satu insiden lebih kurang sebulan yang lalu.Lewat malam jugalah. Terdengar bunyi loceng. Berkata kata dalam hati… siapa lah gerangan ya datang malam malam ni? Nak jawap ketidak. Che suami masih disurau, belum lagi balik walaupun dah lewat selpas solat isha’.
Intai melalui pintu yang dibuka.
Aunty … ni saya ni!
Oh..ok. Jemput masuk.
Maaf aunty, datang malam malam ni. Saya nak tanya aunty. Aunty marah ke saya dok menyapu dihalaman rumah aunty? ( dibelakang, tepi, etc)
Tak.. aunty berterima kasih ada yang membantu .Bersih lorong jalan belakang rumah kita!
Tapi aunty, ada sorang tu tulis marah marah saya . Mengapa sibuk membersihkan halaman rumah orang. Jaga halaman sendiri cukuplah. Dan yang menulis tu tak tinggal dijalan kita aunty.. jauh tiga jalan/lorong dari rumah kita.
Depa tak tau aunty. Ini cara nya saya menghilangkan stress aunty. Saya sakit aunty. Lepas tu menjaga sorang sorang emak yang uzur. Ini lah cara menghilangkan perkara perkara yang merungsingkan.Tapi ada orang tak suka dengan perbuatan saya.
Terdiam..tak terkata. Biarlah dia meluahkan apa yang terpendam. Mungkin dapat membantu dan melegakan selepas ini. Lama juga mendengar.
Hmm.. tak apa lah. Biar lah depa nak kata apa.. Mulut manusia kita tak boleh nak tutup. Aunty ni jarang bergaul dengan orang, jadi aunty tak tau lah kisah kisah terkini.
Tu la aunty, dia orang semua kata aunty ni sombong… yang lelaki pun kata yang sama.. tapi saya respect aunty dan uncle. Arwah bapa ada pesan pada saya… bila dia tak dak nanti, kalau terdesak nak minta tolong , pi lah berjumpa dengan uncle dan aunty.Depa ni orang baik baik. Tak kacau orang.
Hmmm…
Dah tau lama dah pasai bab sombong ni. Sama macam cerita kat atas pulak …Cuma tak dengaq la pasai nak kena halau …Pesepsi orang kita tak boleh nak kata apa.. Kalau berjumpa terserempak tengah jalan atau kat pasar raya , kita teguq bukan tak teguq. Kita bersembang bukan tak bersembang.Kita bertanya habaq..
Sebenarnya dah penat dah…31 tahun berinteraksi dengan pelbagai jenis ragam manusia. Yang muda, yang tua. Bercakap, bernasihat, bersembang, berkongsi ilmu dan pengalaman.. Laa ni nak relaks layan kehendak diri pulak. Nak realign yang mana yang tersasar.
Nak kayuh pelan pelan.
No comments:
Post a Comment