Saturday, March 19, 2022

13.3.2022

 

Apa kata doktor

 

Setiap kali sebelum temujanji,  mesti dibuat analisa darah. Dan setiap kali  bila bertemu dengan doktor yang bertugas, penerangan yang diberikan secara sepintas lalu sahaja. Kadang kadang tak faham pun apa yang disebut oleh tuan doktor , lebih lebih lagi pada waktu pandemik ini. Penjarakkan antara pesakit dan tuan doktor  menyukarkan pendengaran atas apa yang disampaikan.  Dan tidak lah semua perkara yang disenaraikan dalam analisis darah itu diberi penerangan. Tiada perincian. Sekadar sepintas lalu sahaja. Dan setiap kali selepas  temujanji, untuk mendapatkan sesalinan keputusan itu,  perlu dibayar. Dulu 1.50RM sehelai, laa ni dah bertambah ke RM2.00 sehelai. Tak pa lah. Yang penting dapat disimpan satu salinan untuk rujukan dan perbandingan keputusan selepas setiap lawatan. 

 

Pada bulan Mac yang lalu, 3 kali temujanji telah dilalui. Dengan jabatan yang berbeza.  Dan dapat keputusan yang pelbagai . Bila balik ke rumah, dok tenung lama -lama untuk memahamkan diri atas keputusan yang tersenarai. 

 

Yang ketaranya, tahap kolestrol masih lagi tinggi. Walaupun ditambah dosage dari 10 mg ke 40 mg sehari! Dulu ada disebut kepada doktor semasa temujanji di klinik kesihatan daerah yang kolesterol tinggi ini memang common dikalangan adik beradik. Arwah pak pada lewat umur tidaklah overweight, malah sangat kurus tetapi kadar kolesterolnya adalah tinggi.Maka diajukan soalan  kepada doktor. Doktor,kolesterol tinggi ni genetiks ke? Rubbish kata doktor. 

 

Teringat lagi pada temujanji yang pertama di Hospital Selayang, doktor yang bertugas siap tanya – awak ni minum minyak ke? Aduh! Macam nak bangun keluar dari bilik! Tak kan lah pulak. Boleh kah doktor cakap sebegitu kepada pesakit?  

 

Creatinin,ALT,AST,Gamma GT etc  Low high? 

 

Banyak yang nak difahami dan dihadam. Semasa awal awal dulu tak berapa nak ambik kisah sangat tentang item yang dianalisa. Rasanya perlu juga. Ini lah indikator tetang tahap kesihatan badan. 

 

Bulan 4 ni temujanji dengan jabatan endokrin pulak dan seterusnya seterusnya.Lain pulak item yang dianalisa . TSH ?

 


A never ending routine, Insha Allah.

 

No comments:

Post a Comment

 27.5.2025 Changing my ecosystem at this late age is most stressful indeed! Having to learn new tricks,  new ways of maneuvering through the...