29.8.2022
Pesanan Tok Wan Zed untuk anak cucu.
Kadang kala dalam kesibukan kita bekerja membuat kita terlupa untuk bertanya khabar ibu bapa kita.Rajin rajinkan lah sementara mereka masih ada. Jika tak sempat berbual suara , bermesej pun tak apa….
Zaman ni begitu canggih teknoloji. Pada zaman tok muda muda dulu, talipon dan surat menyurat sahajalah bentuk komunikasi yang ada. Entah lah… nanti pada zaman cucu cucu ku dah besar dewasa nanti apa lah pula teknologi komunikasi yang dipakai. Mungkin pada ketika itu, facetime, video zoom serta lain lain teknolgi semasa dah ‘outdated” ya…
Tok Wan Z ed nak berpesan kepada anak cucu yang tok sayangi…Sayang lah ibu bapa dan keluarga sementara mereka masih ada…
Apabila mata ibu bapa kita telah tertutup,maka hilanglah satu keberkahan disisi Allah…. Iaitu doa ibu dan ayah…
Disini Tok Wan Zed nak berkongsi satu coretan yang tok dapat daripada seorang sahabat tok. Cuma tidak ada pulak nama penulisnya. Walaubagaimana pun, marilah kita sama sama baca dan renungkan mesej yang nak disampaikan oleh penulis tersebut.
The fate of a mother is to wait for her children.
You wait for them when you’re pregnant.
You wait on them when they get out of school.
You wait on for them to get home after a night out.
You wait on them when they start their own lives.
You wait for them when they get home from work to come home to a nice dinner.
You wait for them with love, with anxiety and sometimes with anger that passes immediately when you see them and you can hug them.
Make sure your old mom doesn't have to wait any longer.
Visit her, love her, hug the one who loved you like no one else ever will.
Don't make her wait, she's expecting this from you.
Because the membranes get old but the heart of a mother never gets old.
Love her as you can.
No person will love you like your mother
I found this piece from one of the social media postings that my ex collegue shared.There was no mention of the person who wrote this. I like it. It’s a most defining piece about the love of a mum. So so true.
Kasihnya seorang ibu terhadap anak yang dilahirnya adalah kasih abadi. Macam mana marah pun ibu, macam mana kecil hati pun ibu ,macam mana terguris pun hati dan perasaan ibu, percayalah ianya adalah sementara dan seketika sahaja.
Jadi bila mendengar dan mengetahui ada anak yang langsung tidak mahu mengambil tahu tentang hal ibunya, timbul rasa tertanya didalam dada ini, mengapa jadi begitu? Dahulunya tidak. Selepas beralih usia, selepas mendirikan rumahtangga, mempunyai anak yang sudah dewasa, maka tiba-tiba si-ibu tidak diperlukan lagi?Tidak diambil pusing .
Mengapa jadi begitu? Adakah suami tiba tiba melarang isterinya untuk berkunjung, berjumpa, bertanya khabar kepada ibunya? Walhal selama ini tidak pula berlaku sedemikian. Adakah kerana anak perempuan tiba tiba terasa tersinggung , berkecil hati dengan tindakan atau kata kata daripada kedua ibubapanya sehingga terus merajuk tidak mahu berjumpa? Kita yang memerhati, yang mendengar dari pihak sang ibu berasa amat terkilan dan kecewa dengan tindakan anak.
Terlalu banyak tanda tanya??
Katakanlah tiba tiba timbul kesedaran dalam diri sang suami bahawa beliau mempunyai hak mutlak untuk melarang isterinya daripada bertemu dengan ibunya ?
Setelah bernikah memang menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk memberikan sepenuh ketaatan kepada suaminya. Menjadi tanggungjawab sang suami untuk menjaganya, memberi nafkah hidup dan sebagainya. Islam memberikan perintah kepada muslimah agar mentaati dan mematuhi suami selama mana perintah itu masih di dalam aturan atau syariat Islam.
Namun pada masa yang sama mereka juga wajib berbakti kepada ibu bapa. Hal ini dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Keredaan ALLAH SWT itu terletak pada keredaan orang tua, dan murka ALLAH itu terletak pada murka orang tua” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Ibu bapa yang telah meningkat usia tetap memerlukan perhatian dan pertolongan daripada anak mereka.Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika si isteri perlu membantu ibu bapanya yang memerlukan bantuan.
Islam juga amat menitik beratkan soal silatulrahim.
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah dengan (nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(QS An-Nisa: 1)
Perhubungan diantara anak dan ibu bapa tidak boleh diputuskan, cumanya sang isteri wajib mengutamakan kehendak dan arahan si suami.
Bagi belah suami pula, perlu ingat bahawa setelah ia mengawani wanita tersebut, ibu bapa mertuanya telah menjadi mahramnya yang sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Si suami bukan hanya mengawini isterinya sahaja tetapi dia perlu membina hubungan silatulrahim yang erat antaranya dengan keluarga si isteri. Ini bermakna berlaku adil kepada kedua dua belah pihak, pihak ibu bapa dan juga pihak mertua.
Pendapat yang mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali.
TUGAS menjaga ibu bapa terutama yang sudah uzur bukan saja terletak di bahu anak lelaki bahkan juga anak perempuan. Setiap anak wajib berbuat baik kepada ibu bapa hingga ke akhir hayat mereka.
Hal ini dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Keredaan ALLAH SWT itu terletak pada keredaan orang tua, dan murka ALLAH itu terletak pada murka orang tua” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Sesungguhnya tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Seorang ibu bersusah payah semenjak anak dalam kandungan sehinggalah anak itu dilahirkan. Kemudian ibu bapa mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang.
Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa dan hukumnya adalah fardhu ain
Dan kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.”
( Surah Al Ahqaaf ayat 15)
Adapun berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu antaranya ialah menjaga tutur kata, sopan santun, hormat, tidak menengking, merendah diri dengan kasih sayang, menjaga kebajikan mereka seperti makan minum, kesihatan dan mendoakan keampunan dan kerahmatan untuk keduanya.
Sebagai anak, kita wajib taat perintah ibu bapa selagi tidak bercanggah dengan hukum syara'. Oleh itu kita mestilah mengelakkan diri dari menjadi anak derhaka kepada ibu bapa. Salah satu di antara tanda-tanda di mana anak tergolong sebagai anak yang derhaka kepada ibu bapa ialah anak yang melukai hati mereka sehingga menyebabkan mereka menangis. Orang tua juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu sebagai anak, usahakanlah untuk anda bersabar dalam menangani kerenah mereka.
Maksudnya: “Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.” (Riwayat Al-Imam Bukhari)
Berdoalah untuk arwah ibu bapa yang sudah tiada dengan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
“Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta orang-orang yang beriman pada hari berlakunya hisab di hari kiamat.” (Surah Ibrahim ayat 41)
Sesungguhnya kasih sayang ibu bapa tidak akan luntur terhadap anak-anak. Mereka akan mengorbankan apa saja yang termampu demi anak-anak. Akan tetapi anak-anak pula, mereka cepat lupa akan kasih sayang dan pengorbanan kedua ibu bapa. Mungkin inilah di antara hikmahnya Allah Subhanahu Wata’ala menyatakan di dalam Al-Qur'an secara tegas akan kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa supaya anak tidak mudah mengabaikan kewajipannya kepada kedua ibu bapa. Sebaliknya ibu bapa pula tidak lagi perlu diperingatkan untuk sentiasa menyayangi anak-anak mereka. Kerana sifat semula jadi sudah cukup untuk mendorong mereka berbuat demikian.
Oleh yang demikian, sama-samalah kita menghormati, menyayangi dan mengasihi ibu bapa kita dengan berbuat baik terhadap mereka serta mengenang jasa mereka yang telah memelihara dan membesarkan kita sehingga menjadi orang yang berjaya. Kita berdoa semoga ibu bapa sentiasa dalam rahmat Allah dan pengampunannya jua, Amin ya rabbal alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Israa’ ayat 24:
Tafsirnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri dengan penuh kasih sayang dan berdoalah untuk keduanya: Ya Tuhan! Kurniakanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidik ku dari kecil lagi.
Apabila mata ibu bapa kita telah tertutup,maka hilanglah satu keberkahan disisi Allah…. Iaitu doa ibu dan ayah…
No comments:
Post a Comment