22.11.2022
Selamat menyambut Hari kanak kanak 20.11.2022
Nampaknya tahun ini tidak ada sambutan hari Kanan-kanak sedunia di peringkat negara kita. Mungkin kerana baru selesai pengundian pilihan raya. Dengan debaran yang tak sudah sudah dan juga mungkin faktor lain yang tidak diketahui.
Secara resminya Hari Kanak Kanak sedunia adalah pada 21 November setiap tahun, bertujuan untuk mempromosi dan melindungi hak-hak kanak-kanak tidak kira di mana sahaja kanak-kanak berada. Namun, di Malaysia agak berbeza. Pada 17 Oktober 2020 dan 16 Oktober 2021.
Tema Sambutan pada 2 tahun sebelum ini : -
2021 : “ANAK KITA MASA DEPAN KITA”
2020 : “BUMI LESTARI, ANAK-ANAK KITA DILINDUNGI:
Walau apa pun Selamat Menyambut Hari Kanak – Kanak untuk semua kanak kanak dan khasnya kepada 7 orang cucu Tok Sam dan Tok Wan Zed. Semoga dalam peliharaan dan rahmat Allah swt. Bila besar kelak jadilah insan yang berjaya dunia dan akhirat.
Sesunguhnya keluarga bahagia= kanak kanak gembira ❤️ Anak anak kita adalah masa depan kita..
Masa depan mereka mungkin jauh berbeza dengan yang sedang mereka lalui. Pesat sekali perkembangan dunia kita. Terutama dalam bidang sains dan teknologi. Apa tah lagi jika dibanding dengan zaman kanak kanak Tok Wan Zek!
Evolusi zaman katakan….
Satu perkara yang tidak akan hilang dalam agenda mana mana kanak kanak adalah aktiviti bermain. Satu aktiviti yang sebenarnya menyumbang kearah perkembangan kognitif, afektif dan motor. Kepada yang berminat untuk mendalami aspek ini, sebenarnya terdapat banyak penulisan ilmiah serta kajian yang telah dilakukan oleh para pendidik, ahli psikologi dan juga mereka yang berminat tentang perkembangan kanak kanak .
Sebenarnya bermain bukan satu aktiviti ‘kosong’ . Ada kaitan diantara aktiviti bermain dengan perkembangan fizikal sosial dan mental seorang kanak-kanak.
Zaman kanak kanak Tok Wan Z sekitar tahun 1960an.
Aktiviti bermain :- Main masak masak, main layang layang kat padang belakang kedai runcit, malam raya main aci sembunyi ( x takut kena sorok dek hantu) , bakar mercun papan, sepak bulu ayam, rounders, kawin olok olok, galah panjang, batu lima, skipping( anak kambing patah kaki, anak kambing pandai menari, anak kambing masuk kandang), hopscoth, panjat pokok sebelah rumah . Anak patong lukis atas kertas, warna,gunting. Design pelbagai pattern baju gunting dan kenakan pada anak patung.
Nostalgia sungguh!!
Yg pasti zaman 1960an tak ada TV ( 1964 mula ada b/w) , tak ada computer dan segala gadgets macam zaman sekarang. Yang pasti jugak zaman tu tak ada couch potato!. Semuanya sihat sihat belaka. Waktu ada dalam rumah hanya time tidur , makan & kalau hari hujan.Ada jugak time hujan, main air hujan. Kalau air bertakung di padang sebelah rumah, keluar la besin basuh baju mak jadi sampan!
Tak ingat bila masa pegang buku belajar! Homework? Macam semuanya selesai di sekolah!
Fast forward:-
Diperhatikan setiap ptg jam 5.30 ptg, cucu sulung & adiknya beserta kawan kawan akan berkumpul di padang permainan . Pelbagai kemudahan beriadah disediakan utk kanak kanak pelbagai lapisan umur. Platform terbaik utk asah social skills mereka!
Homework? :- macam tak pernah tak ada. Okla tu …pengukuhan ilmu & kemahiran.
Apa apa pun, kepada cucu cucu ku :-enjoy your moments and your journey towards adulthood.
And for any mother or father who is reading this , come let us allow our kids to enjoy their childhood. It is the only one that they have, and we had one too ! We can give them a lot of things,but we can’t bring back their childhood once its gone.

No comments:
Post a Comment