19.3.2025
Lama betul message ni tidak dipaparkan dalam notification box. Dah hampir terlupa tarikh hari lahir mak… dan pagi ini aku diingatkan semula tarikhnya.
Tk Allah.
Terus ku membaca ummu al Quran menghadiahkan kepada emak ku, Wan Zahrah bt Hj Wan Ismail. Genap 8 tahun emak meninggalkan kami semua., iaitu lebih kurang 19 tahun selepas arwah pak meninggalkan kami . Termenung seketika mengenangkan arwah emak ku. Seorang ibu yang tidak banyak bersuara, tidak pernah meninggikan suara memarahi anak anak dia yang kadang kadang kalanya boleh menyirap darah seorang ibu dengan seribu satu perangai daripada sembilan orang anaknya. Ya, itu yang aku ingat. Tidak banyak bersuara, tetapi tidak semesti tidak garang . Ketegasan menyerlah dalam kediaman. Mungkin aku sedikit sebanyak mewarisi sifat emak ku ini!
Masih terngiang ngiang mengenangkan peritiswa pada petang 23 hb Mac 2017, ketika doktor bertugas di ppum, memberikan nasihat agar emak dibawa balik ke rumah kerana mereka telah buat yang terbaik dalam merawat emak dan tiada ada apa lagi yang boleh dilakukan. Pada ketika itu, aku dan kakak sulung ku terus mengusahakan van red cross / palang merah untuk membawa mak pulang ke rumah yang didiaminya dengan adik bungsu ku. Pantasmya pemanduan driver van tersebut. Tidak sampai `10 minit sampailah emak ku , dibawa masuk dan terus dirihatkan diatas katilnya. Memang gerak hati ku mengatakan emak ku tak lama lagi akan meninggalkan kami sembilan beradik, Lantas aku menaip message kepada semua ahli keluarga dalam group Omarians memaklumkan agar datang menziarahi emak / Toh Hajah . So, pada malam tersebut, rumah dipenuhi anak anak serta cucu cucu emak.
Pada keesokan harinya, hari Jumaat, 24.3.2017.Aku bergerak ke tempat kerja ku. Tidak lama kemudian, dalam jam 9 pagi, aku menerima panggilan memaklumkan emak sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Innalilahiwaninallihirojion.Terus aku mencapai bag dan kunci kereta. Sepanjang perjalanan pulang dari Genting highlands ke Subang Jaya, langit redup, hujan renyai renyai.
Tiga hari selepas pemergiaan emak, majlis meraikan persaraan aku diadakan ditempat kerja ku. Aku tidak dapat hadir kerana masih bercuti peristiwa .
Percaturan Allah swt adalah yang terbaik….
No regrets …
Rabbighfir lī, wa li wālidayya, warham humā kamā rabbayānī shaghīrā.
Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa aku beserta dosa-dosa kedua orang tuaku. Sayangilah kedua orang tua ku, sebagaimana kedua orang tuaku menyayangiku ketika aku masih kecil.

No comments:
Post a Comment