16.10.2010
Semenjak dilanda kuman virus pada peringkat seluruh dunia ni, pelbagai perubahan sudah dilalui oleh penduduk global. Norma hidup manusia pun dah berubah ke cara norma hidup yang baharu. Tak tahu lah samada akan berkekalan atau bersifat sementara.
Contohnya bab membeli belah.
Kalau dulu... bila nakkan sesuatu, terus siapkan diri, pasang engine kereta dan bergerak ke destinasi yang disasarkan. Haa. Laa ni. Nak beli ini beli itu sekadar diatas talian saja. Tak dak dah peluang nak pi pegang pegang jamah jamah, belek belek sesuatu benda. Kalau nak, beli online. Tengok brochure order aje. Habis cerita. Kalau yang kat gambar nampak cantik, tapi yang sampai ke muka pintu rumah ehmm. Nak pi hantar balik. Harus ke PO isi borang, tulis alasan yang munasabah. Post. Tunggu response. Kalau barang electric dia nak check dulu kesahihan aduan. Betul ke tak berfungsi etc. kemudian tunggu lagi respon. Berbanyak hari juga untuk akuan daripada pihak penjual yang mereka akur dengan defect product mereka. Baru la duit yang dibayar akan dimasukkan ke dalam akaun kita. Tapi kalau kat luar negeri asalnya lagi la susah nak berurusan. Nak hantar balik ke negeri China tak taulah kerenah yang bakal dihadapi. Disebabkan kelecehan perkara ni lah yang menyebabkan ramai pembeli terima seadanya. Maaf, tak ada statistiknya. Tapi bila baca review yang ditulis oleh pembeli, ada yang memberikan respon barang yang diterima tak seperti yang diiklankan. Jarang membaca review daripada pelanggan yang memulangkan semula. Ada yang buat aduan tapi langsung tiada respon dari penjual. Itulah risiko membeli barang jarak jauh. Memanglah kita patut exercise hak kita sebagai pembeli. Tapi berapa ramai yang buat begitu?
Termasuklah yang menulis ni. Tapi barang yang mahal macam smart tag yang defect hari tu memang dihantar balik.RM100++ ooh! Tapi waktu tu belum ada apa apa penyakit yang melanda lagi. Masih lagi line clear. Tapi lama juga baru dapat balik wangnya. Terpaksa mesej tanyakan berita selepas senyap sepi yang agak lama juga.
Baru baru ni order sabun berjenama yang biasa dibeli di Mall. Bila barang sampai memang teruja seketika tengok packagingnya yang cantik. Siap bungkus dengan kertas jenama tersebut. Tapi bila buka nak guna baunya tak semerbak yang pernah dibeli dikedai. Bau sipi sipi hampir tiada. Bila mesej pada penjual dia bersungguh kata memang beli kat kedai yang ori. Barang expired ke? Dua tiga kali berbalas mesej dia minta hantar balik kalau tak puas hati. Bab tu yang jadi tersentak sebab malas dah nak cari kertas bungkus balik, pergi pos office, beratur tunggu nombor, isi borang etc etc. memang lah alasan yang tak patut diterima. Tapi itu lah hakikatnya pada keadaan sekarang. Last last cakap pada dia kali ni saya terima lah barang ni. Tapi memang lepas ni tak beli dah. Kalau nak beli pun harus terus ke website kedai tu. Lesson learned.
Jadi, sebenarnya adakah berlaku sebarang kawalan mutu oleh pihak penganjur? Bagaimana nak pastikan barangan yang dibeli itu betul betul berjenama yang asli dan bukan hasil backyard factory? Ada ke SOP untuk mengesahkan kesahihan dan keaslian sesuatu barang? Adalah barang yang memang sah tak asli. Contohnya bag berjenama yang dijual pada harga yang terlalu murah! Tapi barang macam bedak, minyak wangi, krim muka yang ada jenama. Bagaimana nak tau ya? Zaman cyber berteknoloji moden ni mengklon sesuatu tidak lah sukar. Satu artikel pada 18 Jun 2020 memaparkan tentang barang yang harus dielak dibeli online Termasuklah kosmetik, minyak wangi, ubat-ubatan, barang bersaiz besar dan barang berjenama.
Satu artikel lagi bagi tips bagaimana nak membezakan Diantara barang tiruan dan barang palsu. https://www.buzzkini.com/trending/2019/04/29/cara-cara-untuk-bezakan-produk-malaysia-yang-tulen-dan-palsu/
Jadi persoalannya dalam keadaan sukar bergerak ini, bagaimana pengguna nak mengelak diri daripada terkena scam penjual yang tak beretika ini? Terutamanya pembeli yang melanggan secara online / atas talian buat pertama kali atas desakan keadaan. Mungkin untuk mereka yang lazim dengan pembelian online sudah ketahui selok belok pembelian. Maksudnya bagaimana memileh dan membeli barangan dengan bijak di atas talian?
Sejak adanya penyakit yang menular ini, jumlah sales memang bertambah. Satu kajian tentang aktiviti pembelian https://www.statista.com/statistics/1128935/malaysia-frequency-of-online-purchase-covid-19/
Walaupun pada masa ini ada kelonggaran pergerakan ke premis membeli belah, tetapi sebagai seorang yang tergolong dalam golongan berisiko tinggi, saya masih banyak bergantung kepada hantaran barangan ke rumah. Setakat ini barangan dapur yang dihantar kerumah tidak diragui keasliannya. Ikan yang dihantar ke rumah diambil terus oleh penjualnya di Tanjung Karang , diantara tempatnya. Ayam yang dibeli segar dihantar dari pasar sebarang jalan.
Menunggu masa keadaan akan balik kepada normal. Tapi harus tidak akan berlaku seperti keadaan dahulu. Mungkin ya, Mungkin tidak. Hanya yang Maha Esa tahu rahsia masa depan kita.
No comments:
Post a Comment