2.9.2021
Paranoid ( Bahagian 3)
Jangkitan virus diketahui umum memang tidak ada antidote. Antibiotics adalah untuk membunuh kuman bakteria. Setakat ini memang tak ada antibiotik untuk membunuh virus. Yang ada adalah adalah dengan usaha mengurangkan gejalanya sahaja.
Begitulah juga dengan serangan virus covid 19. Tidak ada antibiotik untuk jangkitan virus. Yang boleh membantu adalah ubat-ubatan untuk mengurangkan gegala jangkitan. Tentu lah pencengahan lebih utama daripada jangkitan! Sebab itu lah disyorkan untuk mendapatkan vaksin. Satu cairan yang mengandungi kuman virus yang telah dilemahkan atau hampir mati. Dimasukkan ke dalam untuk merangsng sistem badan bertindak dengan menghasilkan antibodi. Sekiranya diserang dengan kuman yang kuat nanti, sistem badan sudah tersedia untuk mematahkan serangan tersebut! Untuk mematahkan serangan ini juga bergantung kepada banyak perkara. Antaranya tahap kesihatan badan kita.
Pelbagai gejala dialami oleh anak ketika diserang virus covid 19 ini. Deman, sakit tekak, selsema, batuk yang berterusan, pening kepala, loyar, hilang selera makan, hilang deria bau dan rasa, gatal -gatal pada kulit. Dalam masa yang sama gejala penurunan paras oksigen didalam darah juga perlu diawasi kerana ini adalah gejala yang paling ditakuti oleh semua pesakit. Sekiranya turun kepada kepada paras yang terlalu rendah boleh memberi implikasi terhadap berlakunya radang paru paru dan jika tidak dikawal juga boleh membawa kepada maut. Tekanan darah dan suhu badan juga perlu diawasi.
Sebaik sahaja anak telah disahkan positif, kami sekeluarga telah mengambil tindakan awal untuk menyediakan segala keperluan untuk membantu mengurangkan kesan gejala yang bakal dihadapi. Pada ketika itu juga saya dan suami tidak pasti samada kami berdua juga bakal diserangi kuman tersebut.
Alhamdullilah. Allah mendengar dan membantu meringankan beban kami. Digerakkan ikhtiar untuk kami terus mengkuarantin anak di dalam biliknya. Kami terus mengamalkan SOP yang ketat sepanjang waktu jangkitan tersebut. Double masking,senantiasa mencuci tangan, membersihkankan udara dalam rumah dengan semburan cairan sanitizer,membuka tingkap dan pintu untuk mengalakkan pengaliran udara, mengasingkan dan senantiasa membersihkan semua peralatan yang diguna oleh anak dengan cairan dettol.
Syukur , Alhamdullilah. The worst is over !
Ini satu episod dalam perjalanan hidup kami yang sangat getir dan menyukarkan. Kerana kami berdua tidak berupaya untuk membantu pesakit secara face to face. Tidak dibenarkan contact secara face to face . Tidak ada peluang untuk ibu atau bapa untuk mengusap dahi anak, memicit sengal sengal pada badan anak, dan membelai anak sambil memberi kata kata semangat. Yang mampu dibuat adalah dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar memberikan kesembuhan kepada anak.
Ya Allah sesungguhnya Engkau telah memberikan ujian yang begitu hebat kepada hamba Mu. Sejatinya Allah SWT memberikan ujian kepada manusia untuk melihat seberapa besar kemampuan manusia dalam menjalani dan melewati permasalahan hidup tersebut.
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan"
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35
Maka kami redha dengan setiap ujian, bersyukur ketika dikuniakan nikmat dan kesenangan, bersabar apabila ditimpa musibah dan kesakitan, keran kami harus ingat bahawa kami akan menemui Allah pada suatu masa nanti. Sesungguhnya Allah sayangkan kita, ujian dan cubaan sebagai peringatan supaya kita tidak terus hanyut dalam kesesatan dan tercampak dalam lembah kehinaan.
Subanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar !!



No comments:
Post a Comment