28.8.2021
Paranoid ( Bahagian 2)
Sharing is Caring
Memang benar sekali. Pelbagai petua dari pelbagai lapisan masyarakat, tempatan dan global dikongsi bersama , baik dari bekas pesakit mahu pun amalan amalan semasa yang telah dirasakan membantu melawan kehadiran virus ini dibadan manusia.
Terlalu banyak yang hendak diceritakan disini. Kami membaca dan filter dahulu yang mana boleh diteladani dan yang mana walaupun mungkin dapat membantu tetapi kami ketepikan dahulu.
Kedua kami adalah graduan dalam bidang sains, seorang ahli kajian mukabumi dan lapisan tanah (geophysicist) dan seorang lagi seorang graduan dalam bidang biologi. Jadi asas pengetahuan tentang penyakit , gejala dan perkara perkara yang berkaitan adalah sedikit sebanyak dalam pengetahuan kami! Pengalaman kendiri semasa dihospital serta juga semasa menjaga arwah emak telah juga banyak memberikan ilmu tentang perkara perkara yang akan diawasi oleh pihak kesihatan. Suhu badan , tekanan darah, peratus oksigen dalam darah adalah adalah parameter yang wajib diambil bacaan. Dan rawatan yang diberikan oleh pihak doktor adalah berdasarkan gejala atau simtom yang dipamerkan pesakit. Contoh , jika demam paracetamol diberi, jika batuk, ubat batuk diberikan dan sebagainya.
Gejala ketara yang dialami oleh anak adalah batuk, selsema, sakit tekak, demam, paras oksigen yang kadangkala rendah , keletihan serta hilang deria bau dan rasa serta gatal-gatal pada badan. Jadi kami bekalkan ubat yang berkait dengan gejala yang dihadapinya. Cuma yang berbezanya adalah jenis ubat batuk. Ada yang yang mild, ada yang 2 dalam satu – hilangkan batuk dan kahak Ada cairan untuk dikumur bagi menghilangkan kuman ditekak, jika tak ada yang dibeli, kumuran air garam juga berkesan. Ada satu ubat batuk yang telah disyorkan oleh seorang bekas pesakit. Dan bila diambil oleh anak, dia berasa amat lega. Katanya juga membantu dalam menstabilkan bacaan oksigen dalam darahnya.
Petua menyedut cuka untuk kembalikan deria bau dicuba anak juga. Tapi buat seketika sahaja kesanya. Maknanya mungkin perlu dilakukan berterusan. Perkara ini tak dapat nak dipantau sebab saya rasa ada petua yang anak terus amalkan seperti disyorkan dan mungkin ada yang dia abaikan. Wallahualam.
Ada petua untuk mengunyah rempah bunga cengkih. Dikatakan ada pesakit yang sembuh / dihalang jangkitan ke tahap yang lebih merbahaya setelah mengamal pengambilan ini. Tetapi tiada kajian saintifik yang mengesahkan kesan positif cengkih ini. Malah ada beberapa orang doctor yang mengatakan menyedut wap panas rebusan bunga cengkih boleh memudaratkan paru paru(radang paru paru).
https://www.kosmo.com.my/2021/06/06/cengkih-penawar-covid-19-hanya-mitos/
Antara petua yang disebut oleh Menteri Kesihatan ( dan kemudiannya menjadi satu bahan ketawa) adalah kerap minum air panas boleh membunuh virus tersebut. Baru -baru ini saya ada terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa penduduk di negara China memang mengamalkan perkara ini. Sah ke tidak berita ini?
https://tirto.id/air-hangat-dan-teh-hangat-untuk-infeksi-virus-corona-ampuhkah-f7Ez
Banyak pengajaran yang dipelajari dari pengalaman yang dilalui. Memang tidak dapat dinafikan bagi kami yang ada ahli keluarga yang telah dijangkiti kuman ini, kadang kadang apa sahaja petua yang diberitahu nak kami cuba . Tetapi dalam masa yang sama harus berhati hati dan harus buat reality check . Sahih ke tidak? Ada kesan sampingan ke tidak?
https://www.bbc.com/indonesia/indonesia-51801454
Setakat ini sebenarnya belum ada ubat yang boleh merawat penyakit ini. Nasihat dari pakar perubatan cara paling baik untuk mengelakkan dijangkiti virus ini ialah dengan meningkatkan sistem imun tubuh manusia.
Seorang perunding kesihatan keluarga telah mencadang pengambilan bawang putih dan lemon untuk meningkatkan imuniti badan.Pengambilan air lemon adalah satu minuman tradisional yang lazim diamal oleh manusia amnya. Begitu juga dengan bawang putih.
https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/04/562662/kurangkan-risiko-dijangkiti-covid-19
Satu amalan keluarga kami pada agak sekian lama ialah mengambil minuman air lemon panas dengan madu. Amalan ini dipertingkatan dengan kehadiran kuman covid ini. Dan diterapkan pengambilannya sebagai rutin harian seiisi keluarga.
Insha Allah , kita sekadar ikhthiar semampu yang boleh. Hanya Allah swt yang berkuasa terhadap semua mahkluknya. Menghidup, memati dan menghidupkan semula adalah semuanya kerja Allah swt.
Yang kita mampu adalah berikhtiar dan terus berdoa kerana kesembuhan hanyalah dari Dia yang Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment