Wednesday, August 31, 2022

 31.8.2022

 

Anak terkejut! Mak tulis blog lagi? 

 

Kejutan yang dijangka. Ni zaman animated visual. All kinds of reels. Pelbagai gelagat. Ada yang menghiburkan, ada yang tersasar ke laut! Tak menjadi pun banyak.

 

So, mengapa tak on board? 

 

Menulis panjang panjang, kadang kadang meleret tak ada titik nota .Ni terapi orang yang dah bersara . Menulis untuk aktifkan saraf saraf otak . Jangan biarkan sel sel terus lena. 

Nak aktif secara fizikal, badan dah tak mampu lagi. Berjalan pagi lebih kurang 2.8 km . Tapi sesudah itu, letih layu. Dah hampir 6 tahun bergantung kepada hormon sintetik. Setiap kali appointment mesti ada timbang tara semula. Adakala tambah, adakala kurangkan dos.

 

So, menulis la selagi termampu. Simpan disini. Kot kot esok esok ada anak cucu tersinggah disini. Ini lah terapi Tok Wan Zed

 

No comments:

Post a Comment

  Dah lama tak menjengah masuk dalam laman ni. Dah lama dah tak buat postings. Sebenarnya masih     giat menulis . Merakam peristiwa yang be...