Thursday, November 17, 2022

 15.11.2022

 

 

Apa apa pun. Didoakan yang terbaik untuk negara ku Malaysia. Mudah-mudahan yang diharapkan senario yang lebih baik dari kelmarin dan semalam. Apa yang didoakan adalah masa depan yang dapat dilihat akan menjamin kesejahteraan pelbagai kaum .  Tetapi pada masa yang sama, jangan lah sehingga tergadai maruah bangsa dan agama ya . Pelihara dan perjuang lah nasib bangsa ku sendiri. Jangan lupa sejarah kita. Jangan lupa perjuangan tok nenek kita untuk menegakkan hak kita, anak bumi negara yang tercinta. Kita mudah memberi, mudah bertolak ansur… Janganlah sampai kita ditolak beransur ansur. 

 

Jangan lah tergadai maruah bangsa dek kerana memenuhi cita -cita  mu yang masih terkapai kapai….

 

Berundur lah ..demi maruah  bangsa dan negara. Masa mu telah berlalu. 

 

Duhai anak bangsa ku… berjuanglah atas landasan agama yang benar. Ketepikan sentimen yang ultra… Keharmonian kunci utama untuk kestabilan negara yang rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum. Cukup-cukup la menunding jari, menceritakan kelemahan pihak lawan. Kadang-kadang perlu mencerminkan diri sendiri juga. Kita  pun bukan semuanya betul belaka. Sebaliknya ceritakan hasrat dan visi masing masing bagaimana nak menerajui negara keluar dari masalah semasa. Bagaimana nak gahkan balik negara kita tempat tumpahnya darah kita.Bagaimana nak kurangkan sentimen perkauman. Bagaimana nak menyatupadukan rakyat negara ini agar selari dengan hasrat dan aspirasi negara yang kita cintai. 

 

Tok Wan Z ni  golongan  warga emas  yang telah melalui pelbagai era.  Dari zaman kegemilangan, zaman ekonomi negara yang kuat dan kukuh, zaman kemelesetan ekonomi, Malaysia Boleh, semua sudah tok  lalui. Entah apa kah zaman yang akan dilalui oleh generasi kami yang akan datang. Cuma apa yang Tok Wan Z  boleh lakukan adalah panjatkan doa mohon bahawa masa depan generasi yang akan datang akan berada dilandasan yang selamat dan sejahtera, terlindung dari musibah dan bencana. Hidup aman dan harmoni.


5 prinsip dalam Rukun Negara kita tu, kalau betul -betul difahami, dihayati dan dipraktikkan oleh semua rakyat negara ini, Insya Allah  masa depan akan kekal cerah  seperti yang dihasratkan oleh semua rakyat. Kekalkan toleransi sesama kita. Tak payah nak tamak haloba. Semoga negara tempat tumpahnya darahnya ku , generasi ku sebelum ini dan Insya Allah generasi ku yang akan datang  terus aman dan sejahtera, bebas dan merdeka …..

 

Bismillah….

No comments:

Post a Comment

 27.5.2025 Changing my ecosystem at this late age is most stressful indeed! Having to learn new tricks,  new ways of maneuvering through the...