14.11.2022
Destressing sekejap…..
Hari ini adalah sesi yang sangat mengecewakan! Kalau lah tahu begini lah cara konsultasinya, tak perlu lah bersusah payah bangun awal, siap awal, pastikan sampai awal . Itu pun dah check in atas talian semalam lagi. Perjalanan hari ini pun berpusing pusing dibawanya Cik Google. Bukan route biasa . Mungkin disebabkan trafik pagi Isnin. Maka haruslah dijangkakan sesak sedikit. Bertolak pada jam 8.30 pagi dan sampai di hospital jam 9.45 pagi.
Ingatkan kali ini cepat lah sedikit daripada biasa disebabkan sudah check in terlebih awal. Tunggu punya tunggu punya tunggu,tak dipanggil panggil. Akhir sekali pada jam 12 lebih baru lah dapat berjumpa dengan doktor. Itu pun doktor yang direquest tak dapat… Dapatlah sang doktor yang lebih banyak berinteraksi dengan skrin computernya daripada pesakitnya. Bila ditanya barulah ditoleh sekejap untuk menjawap soalan kita. Mengecewakan disebabkan tak dapat jawapan yang ditunggu.
Pada kali ini sebab diketahui keputusan darah terlebih awal daripada sesi konsultasi, maka buat lah sedikit research tentang bacaan yang dicetak pada slip keputusan ujian darah. Macam mana boleh dapat terlebih awal? Sebab buat ujian darah dibuat serentak dengan unit satu lagi . 2 dalam 1 pada 2 minggu yang lepas. Sekali harung kata orang kita.
Anyway, ketuk ketak ketuk ketak dia menaip dan pandang skrin. Kita dok lah pandang dia. Mulalah rasa bosan . Entah bila habis sesinya pun tak tau. Tau tau dia dok pegang phone dia, dok scroll tengok message. Ok you can go now. Haiish! Terus rasa letih! Dan lapar! Pergi keluar bagi kad untuk buat appointment seterusnya. Tunggu lagi… Depa nak ambil sample darah sekali lagi. Adik nurse yang cucuk jarum cekap. Cepat saja jumpa urat darah. Ada kala jenuh menyuncuk tak jumpa jumpa.. Tukar ke lengan kanan pun tak dapat. Last last cucuk kat urat di tapak tangan…
Duit kecik tak ada, ingat nak minta sesalinan keputusan darah . Kot kot lah ada maklumat baru (selain daripada yang tercetak di unit sebelum ini). Payah kena pergi mencari makan dulu untuk dapatkan duit kecik.. Panjat tangga, beli nasi kerabu yang tak berkuah . Penjual terlupa letak, sang pembeli pun terlupa nak mintak. Makan lah nasi kering kontang dengan kerpok separuh keras separuh lagi tak bergoreng lagi. Selepas makan, jalan balik ke pusat perubatan yang berkenaan, bayar 2 ringgit, dapatlah slip keputusan. Hmm… sama aje dengan yang ada ….
Jalan balik panjat tangga lagi. Tunggu lift. Ramai yang beratur tunggu. Datang seorang pemuda ni, tak tau lah.. budak maintainence ke apa, di redahnya masuk mencelah semua yang sedang sopan beratur. Sampai tingkat yang berkenaan, sekali lagi diredahnya keluar . Lift penuh sesak.. sampai tingkat 1, dibuka oleh dua orang pemuda dengan perkakas yang besar gajah. Siap tanya..boleh muat ke?? Aduih adik oii. Tengok sendiri dan jawab sendiri lah ya.
Sebelum sampai rumah, singgah sekejap kat kedai baru bukak.. lebih 3 ketul ais krim..terus habiskan seketul on the spot. Destressing .
Okay.. dah rasa lega sikit dapat luahkan perasaan di atas skrin ini.Time to rest now…
P.S : Lepas ni kita buat sesi consultasi on screen aje la .. Face to face.
No comments:
Post a Comment