Sunday, December 4, 2022

4.12.2022 

Hanya Jauhari Mengenal Manikam

 

Terbaca satu artikel tentang perbualan seorang dengan anak perempuannya yang baru lepas program Ijazah. Anaknya Sarah lulus pengajian dengan cemerlang sekali. Sarah sedang menanti untuk dipanggil temuduga kerjanya yang pertama.

 

“Sarah… ini kereta ayah beli dah lama dah… agak lama la juga. Dah seasoned pun..Ayah berhajat nak bagi kereta ini sebagai hadiah graduasi  kepada Sarah. Tapi sebelum ayah hadiahkan kepada Sarah kereta ini, Sarah tolong bawak ke kedai kereta jual beli (used car dealer), tanyakan kepada mereka  harga yang mereka hendak kalau ditolak kepada mereka”

 

Anaknya ke kedai used car dan kemudian kembali  memberitahu ayahnya. 

 

“Ayah, ada dealer nak 1000 RM sebab dia orang kata keadaan kereta nampak dah lusuh sangat”

 

“Oh ya ke Sarah.. cuba  pulak Sarah  bawak ke kedai pajak gadai pula.”

 

Anak dia pun bawak kereta tu ke kedai pajak gadai… kemudian kembali memberitahu ayahnya. 

 

“Tauke kedai tu menawar harga100RM aje ayah sebab dia kata kereta ni kereta lama dan perlu direpair banyak kalau nak dijual semula…”

 

“Tak pa la Sarah … Kali ni pula cuba Sarah bawak ke Kelab Pengemar Kereta pulak. Cuba tengok kot kot ada yang berkenan dan boleh tawar harga yang lebih dari sebelum ini”

 

“Ayah!!  Ini berita gembira dan luar biasalah ayah. Ada beberapa ahli kelab  tu   telah menawarkan harga sehingga 100,000 RM !! Kata mereka, kereta ayah ni sangat icnonik dan memang sangat dicari oleh pengembar kereta lama”

 

Lalu ayahnya berkata:

 

“Itu lah Sarah… Ini lah realitinya. Tak lama lagi  Sarah akan melangkah ke dunia pekerjaan yang penuh dengan pelbagai pancaroba dan dugaan. Sarah perlu ingat tak semua orang suka kita.  Ada orang akan kagum dengan hasil kerja Sarah, ada yang akan pandang sebelah mata, ada yang akan menyapa secara sinis. Ada kalanya macam mana bagusnya kita, ada yang akan  pandang atau menilai jauh dari yang sebenarnya..Tetapi apabila kita berada ditempat yang bertepatan dengan kehendak dan nilai mereka,maka hasil kerja kita akan dikagumi oleh mereka. Orang putih  kata  The right place values the right way”.

 

“Ayah berharap satu pengajaran yang Sarah akan perolehi daripada tugasan yang ayah berikan ini :- 

 

Kalau Sarah berada dalam satu situasi yang mana Sarah rasa macam nak marah marah, kerana Sarah rasa  tak dihargai , tak usah marah marah. Itu bermakna  Sarah anak ku, Sarah  berada ditempat yang kurang tepat. (If you are not valued, do not be angry, it means you are in the wrong place.)

 

Orang yang tahu dan kenal nilai diri  Sarah sajalah yang akan menghargai mu… Jauhi mereka yang memandang rendah nilai diri mu…” 

 

Hanya Jauhari mengenal manikam.

 

Those who know your values are those who appreciate you…

 

Never stay in a place where no one sees your value!

No comments:

Post a Comment

 27.5.2025 Changing my ecosystem at this late age is most stressful indeed! Having to learn new tricks, new ways of maneuvering through the ...