Saturday, December 10, 2022

 5.12.2022

The Brain Game.

 

Kali ini tak terkejar. Terlalu jauh ke hadapan . 1251 ,529  dan Tok Wan Zek ditempat ketiga dengan skor 488. Hanya lebih kurang 4 jam sahaja lagi. Kalau sempat pun, boleh cuba untuk kedudukan kedua.

 

Agaknya Tok Wan Zek dah sampai keperingkat ‘addicted’ pada word puzzle ni.  Memang sangat mencabar ! Untuk dapatkan jawapan pada clue yang diberi kadang kadang buntu otak dibuatnya. Jenuh memusing menekan kombinasi alphabet yang ada. Lebih lebih lagi jika tema puzzle pada stage /peringkat tu melibatkan pengetahuan yang agak asing dengan kita.Seperti contoh budaya masyarakat Amerika. 

Ada yang mudah dan ada yang sukar untuk diteka.  Siap meneka berulang kali jugak.

 

Game ini ada pelbagai sub tema. Bila straight forward , hanya cuba dapatkan jawapan dan kumpul points sahaja. Tidak ada persaingan antara gamers online. Selalunya selang seminggu atau dua, adalah diperkenalkan game yang menawarkan hadiah kepada top scorer. 2000 points! Dan masa yang diberi antara 24 sehingga 36 jam.   Selalunya kalau masuk pun the last 12 jam terakhir. Dari tempat 24 terus naik sikit sikit. 3 kali main, 3 kali dapat tempat yang pertama. Ini kali yang keempat, dah tak terkejar dah.

 

Sebenarnya bukan sangat nak mengejar tempat tetapi lebih kepada satu latihan kepada minda orang warga emas seperti Tok Wan Zek. Ini lah satu contoh ‘brain game’ yang disebut oleh ahli pskologi yang digalakkan penyertaan oleh warga emas. Satu usaha kearah menajam minda, memulih fokus dan sudah tentunya menghilangkan stress! Pada awalnya rasa stress nak cuba menghabiskan game dengan skor tertinggi, tetapi lama lama sudah menjadi macam satu terapi. Lebih kurang stress bila menhadapi situasi luaran! Kalau menghadapi  bebelan yang tersayang pun dah ok dah!

 

Kadang kadang terpikir juga… Siapa lah gerangan gamers yang ada . Peringkat umur , jantina , latar belakang pendidikan, pekerjaan, pensioner macam Tok Wan Zek ke? 

 

Ok nak sambung balik. Nak cuba kejar skor. Dapat tempat kedua pun ok dah…

 




 

No comments:

Post a Comment

 27.5.2025 Changing my ecosystem at this late age is most stressful indeed! Having to learn new tricks, new ways of maneuvering through the ...