Monday, June 19, 2023

19.06.2023

 

2 hari kecundang.. mabuk petai . Tak banyak pun dimakan. Tapi kesannya.. Ya ampun! Kepala berat sepanjang dua hari .

 

Bila jadi begini teringat satu peristiwa semasa  menghadiri majlis pernikahan salah seorang guru baru . Majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan di Kota Baru, Kelantan. Kami (Pengetua sekolah dan seorang guru) bertolak  awal pagi sehari sebelum majlis. 

Pada pagi majlis pernikahan, kami bersarapan nasi dagang di Pasar Pagi berdekatan dengan tempat menginap kami. Pada sebelah tengaharinya kami bertiga berangkat ke majlis resepsi pengantin. Hidangan yang diletak dihadapan kami berbeza sedikit daripada lauk pauk yang biasa dihidang dimajlis perkhahwinan. Memang teramatlah sedap! Antara lauk yang sangat menyelarakan adalah  kerabu jantung pisang. Enaknya tidak terkira. Lupa diri seketika ! Habis satu pinggan, diletak lagi satu pinggan  kerabu tersebut! Apatah lagi. Umpama  pucuk dicita  ulam mendatang!  

 

Sekembalinya dari majlis ke hotel, kepala sudah mudah rasa tidak keharuan. Mula berdenyut denyut.Terus telan ubat tahan sakit. Setiap 4 jam telan lagi 2 biji.  Rupanya tidak langsung membantu! Dan keadaan ini berterusan sehingga hampir dua hari lamanya!

 

Kombinasi nasi dagang yang berpulut dan jantung pisang  memang hebat kesannya!

 

Semenjak dari hari tu, jantung pisang terus dielak dari senarai makanan.Dan tambah lagi satu.. petai.

 

No comments:

Post a Comment

 27.5.2025 Changing my ecosystem at this late age is most stressful indeed! Having to learn new tricks, new ways of maneuvering through the ...