Saturday, January 25, 2025

 Dah Lama dah….

Dah lama dah tak menulis. Asyik melayari medsos. Entah apa apa. Ketagih pun ya.lebih lebih lagi dengan keadaan semasa. Di negara sendiri yang entah apa apa la.tak tau nak kata yang mana satu betul. Pihak mana yang betul. Permainan pesepsi katakan. Siapa pihak yang boleh mereka persepi yang lebih gempaq  yang memenuhi citarasa  dan yang dapat menyentuh perasaan orang ketika itu   depa tu lah dapat sambutan meriah! Buat tak serupa  cakap pun ya. Menaman tebu dibibir. Tak dan nak rasa kemanisannya, penghabisnya telan ayaq liuq aje la. Gitu…

Tapi yang terang terang menyakiti hati bila orang yang tak ada kena mengena, orang yang dok berdiri diluar pagaq, dok tengok dari luaq, tiba tiba cukup berani nak menghentam kita , menyentuh hal hal yang berkait dengan akidah dan dan pegangan kita. Sakit hati membaca komen.  Lepas tu ada pulak yang sesama pegangan  kita sama naik dok menghentam kita. Yang dok berani menyangtas, ada lah sorang dua. Yang lain diam terkunci mulut. Naik tocang la depa. Kita pulak, setakat ni , tak ada pulak yang dok berdiri diluaq pagaq depa  dok komen. tentang akidah dan pegangan depa. Tu la, teringat ada seorang rakan sekerja dulu  selalu dok sebut “ Kita ni terlalu bertolak ansur, lama lama kita ditolak beransur ansur. Haiih, risau memikirkan masa depan anak cucu cicit nanti. Jangan hampa nanti jadi perempat ditanah ayiaq sendiri. Nampak macam masing masing dok jaga periuk nasik sendiri.. 

Kuat dengaq  berlahak noh…

No comments:

Post a Comment

 27.5.2025 Changing my ecosystem at this late age is most stressful indeed! Having to learn new tricks,  new ways of maneuvering through the...