Monday, April 14, 2025

14.4.2025

5.20 am


Bila tidak mengadap keyboard, banyak ilham yang tiba tiba muncul. Berlegar legar di minda ni. Kadang kala bila berlaku fenomena ini, untuk terus mencapai sebarang gadget untuk dirakam ayat ayat yang tengah berlegar di kepala ni tak dapat dilakukan . Tengah bawak kereta, tengah dalam dapur , urusan dalam kamar mandi dan sebagainya. Dan setiap kali ianya berlaku, tidak kesampaian untuk merakamkanya.

Ada bertimbun  helaian kertas, folder, catatan yang dibuat semasa bertugas dulu. Lebih lebih lagi pada tahun 10 yang terakhir  perkhidmatan dimana pada ketika itu, selain dari tugas ‘fasilitate’ kumpulan ketua ketua sekolah yang menghadiri kursus, terdapat juga peluang  telah diberikan  untuk  melawat sekolah sekolah memberi khidmat konsultasi, melihat sendiri  perjalanan sesebuah sekolah, pengajaran guru di dalam bilik darjah, pengalaman ketua sekolah dalam menangani isu isu sekolah , baik di dalam di bilik darjah mau pun diluar.

Nak di buang bahan bahan ini, terasa rugi sungguh kalau  tidak di pindahkan pengalaman dan catatan ini ke dalam blog aku ini. Tak apalah kalau tidak dibaca oleh sesiapa pun, yang penting perlu diarkivekan . Manakah tahu, esok esoknya jika cucu cicit nak kenal tok nek wan Z, jenguk jenguk lah disini ya. 

No comments:

Post a Comment

 27.5.2025 Changing my ecosystem at this late age is most stressful indeed! Having to learn new tricks,  new ways of maneuvering through the...