Thursday, July 15, 2021

 14.7.2021

 

1/5

 

Pagi ni perjalanan lancar dari rumah ke hospital untuk temujanji. Tak ada sekatan jalan raya pun.  Satu dari 5 unit/department yang memang perlu dikunjungi dalam masa setahun.Ini adalah satu satunya unit yang tidak diubah tarikh, masih kekal .Yang lainya dah dianjak ke tarikh 3 bulan dari tarikh asal. 

 

Pagi ni terasa agak cuak untuk ke sana. Memandangkan keadaan wabak yang sudah tidak dapat dikawal lagi, terutamanya di negeri Selangor. Setiap kali pergi ke temujanji dihospital, bila pulang mestinya badan tidak rasa selesa. Ada kalanya demam. Agaknya pelbagai kuman yang hinggap dan melekat pada badan! Bertambahlah keresahan dalam keadaan semasa. 

 

Seperti biasa selepas dilakukan mamogram, tunggu untuk diultra sound scan pulak. Sesudah itu, tunggu untuk temujanji dengan  konsultan pulak. Temujanji jam 8.30 pagi. Proses selesai jam 10 pagi.

 

5 cm besarnya disebelah kanan dan 0.3 cm di sebelah kiri. Belum selesai lagi proses temujanji ni. Harus buat follow up di klinik surgeri pulak. Sepatutnya tarikh follow-up pada 21.7 nanti tetapi dapat mesej dari klinik tersebut, tarikh dah ditunda ke bulan 5 2022. Jadi sehingga tarikh itu, didoakan saiznya kekal seperti semasa.

 

Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia. Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani….”

 

Aamiin yarabalamiin…

 

No comments:

Post a Comment

 27.5.2025 Changing my ecosystem at this late age is most stressful indeed! Having to learn new tricks, new ways of maneuvering through the ...